SARIKEI, 13 SEPTEMBER 2022
Puan Felicia Tan Ya Hua, Residen Bahagian Sarikei mempengerusikan Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Pejabat Residen Bahagian Sarikei.
Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Jelajah ANMS ini telah diadakan pertama kali di Bahagian Sri Aman pada 10-13 Jun 2022 yang lepas dan jelajah ini dijangka akan berakhir di Bahagian Bintulu dalam sekitar bulan November 2022. Manakala untuk Bahagian Sarikei pula akan diadakan pada 14-15 Oktober 2022 bertempat di Dewan Central Sarikei.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei diwakili oleh Encik Terence Tan. Pengelola memohon bantuan daripada Pejabat untuk membantu dalam penganjuran aktiviti Aerobic, Cabaran 10k Langkah dan Ujian Kecergasan.
Pelbagai program dan aktiviti akan berlangsung pada 14-15 Oktober 2022 dan semua warga Sarikei adalah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan jelajah ini nanti.
- JBS Sarawak
- Hits: 191
