- JBS Sarawak
- Hits: 190
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PROGRAM HARI SUKAN NEGARA (HSN2022) PERINGKAT BAHAGIAN BETONG
BETONG, 23 SEPTEMBER 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Hari Sukan Negara 2022 bertempat di Pejabat Daerah Saratok. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Cik Nurulzamzam Bt Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Tuan Laga Kueh, Penolong Pegawai Daerah Saratok. Antara agenda dalam mesyuarat tersebut ialah penerangan objektif, penubuhan jawatankuasa pengelola dan pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang program Hari Sukan Negara 2022. Tarikh Pelancaran Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2022 (Isnin), bertempat di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok.
- JBS Sarawak
- Hits: 190
