- JBS Sarawak
- Hits: 167
SESI PERBINCANGAN AKTIVITI PERSEMBAHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI BERSAMA PERSATUAN KUNTAU DIRI PROGRAM FIT FOREVER SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2022
MIRI, 29 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dikunjungi oleh Persatuan Kuntau yang dikenali sebagai Sinding Hujan Panas 48 Sarawak Bahagian Miri bagi membincangkan mengenai aktiviti persembahan seni mempertahankan diri Program Fit Forever Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Miri 2022 yang bakal diadakan pada 15 Oktober 2022 kelak bertempat di Pantai Esplanade, Miri. Selain daripada Kuntau, Rumpun Silat Sarawak dan Amura Lutong Karate Club turut dijemput pada hari tersebut.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk mempromosi seni mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat. Sebagai contohnya, seni mempertahankan diri kuntau ini mungkin ada dikalangan generasi muda diluar sana yang masih belum mengenali lagi. Inilah satu-satunya peluang untuk melihat sendiri seni-seni ini. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini kelak.- JBS Sarawak
- Hits: 167
