- JBS Sarawak
- Hits: 247
KEM BAKAT BADMINTON KBS PERINGKAT ZON SARAWAK 2022 BERSAMA NUSA MAHSURI MELABUHKAN TIRAI
LIMBANG, 10 OKTOBER 2022 - Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Zon Sarawak 2022 bersama Nusa Mahsuri yang telah berlangsung di Dewan Badminton IPD Limbang pada 7-9 Oktober 2022 telah melabuhkan tirainya semalam.
Majlis perasmian penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Limbang, Tuan Haji Jamalie Bin Busri mewakili Presiden Persatuan Badminton Bahagian Limbang, Yang Berhormat Datuk Dr. Abdul Rahman bin Ismail yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah dan Pembangunan Wilayah Sarawak.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Datuk Dr. Mohmed Misbun bin Dato' Mohd Sidek, Ketua Jurulatih Program, Hajah Aspalela binti Mohd Shahmoni dari Pejabat Residen Bahagian Limbang, Tuan Jaffery bin Junad, wakil Ketua Polis Daerah Limbang, Dato' Seri Mohd Jalani bin Dato' Mohd Sidek, dan juga Encik Zaini Garip, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Bahagian Limbang.
Melihat kepada sambutan positif dan sokongan padu yang diberikan sepanjang program ini berlangsung, diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan di Bahagian Limbang pada masa akan datang. Majulah Sukan Untuk Negara.
- JBS Sarawak
- Hits: 247
