Sibu, 19 Oktober 2022- Sesi Lawatan Tapak Premis oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cawangan Sibu telah diadakan di cadangan premis Satelit Kampus ILKBS Sibu, Sarawak.
Lawatan tapak premis ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat, sokongan dan penilaian daripada JBPM bagi penyediaan dokumentasi penyewaan ruang pejabat baharu untuk kelulusan Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP).
Lawatan ini turut dihadiri oleh PPgB Encik Jerry Jelani Anak Bandang dari JBPM Cawangan Sibu, Cik Nor Azma binti Deris, Pengarah IKBN Miri, Encik Freddie Saging dan Puan Mimi Azita binti Ismail, Puan Morni Binti Ibrahim Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu serta pemilik premis.
- JBS Sarawak
- Hits: 173
