KOTA SAMARAHAN, 15 OKTOBER 2022 – Seramai 30 orang peserta menjayakan Program Program Myfit@Motorsports 2022 Peringkat Bahagian Samarahan bertempat di Serapi Race Track, Kuching
MyFit @ Motorsports adalah sebuah sukan permotoran yang dijalankan secara fizikal di mana pengisian program distrukturkan selaras dengan SOP am Sektor Sukan dan Rekreasi yang sedang berkuatkuasa dibawa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antara pengisian Program ini adalah pengenalan Sukan Permotoran oleh Sarawak Motorsport Association (SMA), Pengenalan Go Kart, Peraturan dan Undang-Undang, Teori Go Kart dan Asas Teknik pengendalian Go Kart. Program ini dirasmikan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Turut hadir, Encik John Rose, Vice Presiden, Sarawak Motorsport Association (SMA). Encik Zamri Sakawi, wakil Ranggas Hiker Sport Recreation Club
- JBS Sarawak
- Hits: 255
