- JBS Sarawak
- Hits: 194
PENGAUDITAN INTERIM (TRANSAKSI) BAGI ARAHAN PEMBAYARAN BULAN JANUARI HINGGA JUN 2022
KAPIT, 27 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah menerima lawatan daripada Jabatan Audit Negara Cawangan Sibu pada 6 September yang lalu bagi pengauditan interim (transaksi) bagi arahan pembayaran bulan Januari hingga Jun 2022. Pengauditan interim ini adalah bertujuan sebagai langkah awal untuk mengumpulkan maklumat mengenai tranksaksi dan syarat undang-undang perlu dipatuhi oleh pejabat ataupun jabatan kerajaan. Pegawai Audit yang terlibat dalam menjalankan pengauditan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit ialah Puan Imelda Binti Melian dan Encik Joseph Empaling Nanggai.
- JBS Sarawak
- Hits: 194
