- JBS Sarawak
- Hits: 227
MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2022 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
SARIKEI, 20 SEPTEMBER 2022
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Felicia Tan Ya Hua, Residen Bahagian Sarikei. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei membentangkan kertas kerja HSN dan cadangan program/aktiviti yang akan diadakan pada sepanjang 1 hingga 10 Oktober 2022.
Ahli mesyuarat bersetuju untuk bersama-sama memeriahkan HSN dengan berkempenkan penggunaan hashtag #JomTurunPadang #KeluargaMalaysiaAktif #HSN2022 di media sosial berkisar tentang amalan gaya hidup aktif rakyat Malaysia khususnya warga Sarikei. Aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut:
1. PERBASA 50KM Endurance Challenge
2. Aerobic bersama Sifu Busman
3. Aerodance bersama SGC
4. Jogathon PIBG SMK Sarikei Baru
5. 1 Murid 1 Sukan
6. Futsal Open Sarikei
7. Kembara Ekplorasi Bukit Malam
8. Sarikei Kalulong U12 Future Star Basketball Tournament
9. Webinar Beribadah sambil bersenam
10. Khutbah Jumaat - Kepentingan Bersukan dan Menjaga Kesihatan
11. MAKSAK Ping Pong
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pejabat Belia dan Sukan Sarikei di talian 084-651116
- JBS Sarawak
- Hits: 227






