- JBS Sarawak
- Hits: 233
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (NICHE AREA) : LITERASI ICT KOMUNITI MELALUI LATIHAN APLIKASI PEMETAAN DIGITAL
Mukah, 30 Ogos 2022 – Program Khidmat Masyarakat (Niche Area) : Literasi ICT Komuniti Melalui Latihan Aplikasi Pemetaan Digital bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 telah diadakan pada 26 Ogos 2022 bertempat di Politeknik Mukah. Program ini telah disertai 70 orang pelajar di parlimen Mukah yang menuntut di Politeknik Mukah dan mereka akan didedahkan kepada bengkel pengenalan aplikasi pemetaan digital dan bengkel aplikasi pemetaan digital.
Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian. Turut hadir Dr. Zamzam Bin Mohd Walid , Pengarah Politeknik Mukah, Ketua Jabatan Matematik, Sains Komputer Politeknik Mukah serta jawatankuasa pelaksana yang lain. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dan telah diwakili Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 233
