- JBS Sarawak
- Hits: 327
HANNAH MARIA DINOBATKAN JOHAN (KATEGORI INDIVIDU WANITA) ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
LIMBANG, 29 Ogos 2022 - Satu Majlis telah diadakan di IKBN Miri bertarikh pada 27 Ogos 2022 yang lalu bagi memberi penganugerahan kepada para pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sarawak 2022. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak.
Tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah dalam majis tersebut adalah Hannah Maria Anak Lamat, seorang anak jati Limbang. Beliau telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Individu Wanita, APBN Negeri Sarawak 2022.
Beliau yang juga merupakan Presiden Kelab Belia Muhibah Kampung Pelita Limbang, telah lama bergiat aktif dalam aktiviti pembangunan belia dan juga aktiviti kesukarelaan di Limbang. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Belia pada sesi (2014-2016). Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi inspirasi kepada masyarakat khususnya golongan belia di Bahagian Limbang untuk bersama melibatkan diri dalam akiviti pembangunan belia dan kesukarelaan.
- JBS Sarawak
- Hits: 327
