MIRI, 19 OGOS 2022 – Pada 14 Ogos 2022 (Ahad) lepas, pertandingan Badminton telah berlangsung di Tung Sports sempena Program 1000 Liga Bahagian Miri. Pertandingan ini telah disertai oleh ramai dari kalangan anak muda. Ini ialah salah satu inisiatif yang baik untuk mengasah bakat mereka lagi dalam sukan yang mereka minati. Mempertaruhkan kategori secara individu, dan masing-masing mempamerkan corak permainan yang terbaik. Tahniah kepada pemenang tersebut :
Johan : Wong Sie Wee
Naib Johan : Lau Li Min
Ketiga : Azmin Irfan Bin Rahman & Abang Ahmad Danish
Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini.- JBS Sarawak
- Hits: 253
