Bintulu,09 OGOS 2022 – Sambutan karnival Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Bahagian Bintulu semakin dirasai dan bakal berlangsung pada Ahad ini. Satu mesyuarat telah diadakan melalui atas talian untuk membincangkan pelan strategik tempat bagi sambutan HBN 2022. Mesyuarat perbincangan telah dipengerusikan Oleh Encik Kigen Anak Satong ,Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu, dan turut dihadiri wakil dari kelab-kelab belia yang akan terlibat secara langsung dalam aktiviti sambutan HBN bahagian Bintulu kelak.
“Menyahut slogan HBN 2022 Ini Masa Kita, saya berharap lebih ramai belia Bintulu akan hadir dan merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti belia yang akan berlangsung Ahad ini”ujar Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu.
- JBS Sarawak
- Hits: 238
