Mukah, 2 Ogos 2022 - Pasukan Nafas FT telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Futsal Piala Belia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 setelah menewaskan pasukan New Balance dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 30 Julai 2022.
Tempat ketiga telah disandang pasukan Bangqu FT. Johan menerima hadiah wang Tunai berjumlah RM500.00 beserta piala dan pingat. Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM250.00 dan RM150.00 beserta pingat. Majlis penyampaian hadiah akan dilaksanakan pada 6 Ogos 2022 di Dewan Suarah Mesra Mukah semasa Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022.
Mukah, 2 Ogos 2022 – Pertandingan Futsal Piala Belia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Beliau turut diiringi Encik Nizam Bin Minhat, wakil Kelab Sukab Rekreasi Hura selaku penganjur bersama bagi pertandingan tersebut.
Pertandingan ini telah disertai oleh 16 pasukan terawal yang terdiri daripada belia tempatan di Mukah. Laungan semangat belia telah bergema di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah yang di ketuai oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli dan seterusnya beliau melakukan sepakan penalti sebagai simbolik perasmian.
LIMBANG, 1 Ogos 2022 - Pengurusan Aset di setiap Pejabat bukanlah hanya dipikul oleh Pegawai Aset sahaja malahan setiap Pegawai dan Kakitangan yang berada sesuatu pejabat perlu mengambil tahu dan melibatkan diri. Atas dasar tanggungjawab dan juga ingin menambah ilmu pengetahuan, Puan Aimy Alisha Charlie (Pembantu Belia dan Sukan S22 TBK) dan Puan Hawina binti Ali (Pembantu Tadbir P/O Gred N22 TBK) dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah menghadiri Kursus Pengurusan Aset Alih yang telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sarawak pada 25 hingga 28 Julai 2022.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi sepanjang menghadiri kursus tersebut, dapat diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan aset di pejabat disamping berjaya mengurus dan memantau penggunaan aset kerajaan secara sistematik. Semoga melalui kursus ini juga akan dapat meningkatkan kemahiran dalam proses mengurus aset alih selaras dengan pekeliling baru : Tatacara Pengurusan Aset Alih.
Sibu, 1 Ogos 2022- Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu telah diadakan bagi membincangkan secara terpinci program yang akan diadakan pada 14 Ogos 2022 bertempat di Swan Square Sibu. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bajagian Sibu. Antara aktiviti yang akan memeriahkan lg acara untuk Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu ialah seperti berikut :
1) Fiesta Aerobathon ( 3 jam tanpa henti)
2)Sibu Autoshow & Bike Gathering
3)Soul Jam Dance (1 on 1 All Style Challlenge)
4) Sibu PUBG League
5) Karaoke Suara Emas Belia
6) Pertandingan Memanah Tradisional
7) Kelas Hands On Kek Lapis Cikgu Dayang Serimah
8)Berbasikal (15KM)
Sambutan yang bertemakan “Ini Masa Kita” ini diharap dapat menarik lebih ramai belia mengikuti program yang telah disediakan khususnya belia di Sibu ini.
BETONG, 29 JULAI 2022 - Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama dengan Tuan Mahra Bin Salleh, Timbalan Residen Bahagian Betong bagi membincangkan lebih terperinci berkenaan dengan pengisian aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, senarai jemputan Tetamu Kehormat serta mengesahkan minit mesyuarat lalu.
BETONG, 29 JULAI 2022 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan perbincangan bersama dengan Encik Mahra Bin Salleh, Timbalan Residen Bahagian Betong di Pejabat Residen Bahagian Betong. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Bahagian Betong.
Kuching, 29 Julai 2022 - Bengkel Prolog Sistem Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak telah dilaksanakan selama 1 hari bertempat di Kolej Komuniti Kuching dan telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai serta kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian yang juga merupakan Badan Operasi bagi program ini. Bengkel ini diadakan sebagai salah satu usaha bagi merealisasikan kaedah perekodan secara atas talian bagi menggantikan kaedah merekod secara manual untuk meningkatkan lagi penyertaan dan pentauliahan peserta dalam program ARPRM. Dengan adanya sistem perekodan secara atas talian ini diharapkan dapat memudahkan para pemimpin serta peserta ARPRM dalam melakukan proses-proses perekodan bagi setiap komponen wajib ARPRM.
SRI AMAN, 28.07.2022- SERAMAI 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman telah menyertai pemilihan bagi menghadapi Malaysia Little League (MLL) Peringkat Bahagian Sri Aman di Padang KPSU, petang tadi.
Daripada jumlah 50 pemain yang hadir menyertai sesi pemilihan itu, seramai 15 pemain yang berbakat dan berpotensi bakal terpilih untuk menyarung jersi pasukan SK Abang Aing Sri Aman untuk bersaing di peringkat daerah terlebih dahulu, dijangka bermula pertengahan Ogos nanti.
Sesi pemilihan pemain itu telah dikendalikan oleh seramai tiga orang jurulatih yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Imanuddin Kamaluddin, Ustaz Naim dan Abang Mohd Firdaus.
30 orang pelajar telah ditapis untuk mengikuti pemilihan fasa seterusnya pada minggu depan bagi memuktamadkan 15 pemain yang akan membentuk skuad SK Abang Aing.
Dalam pada itu, MLL yang menjadi platform terbaharu untuk mencungkil pelapis bola sepak negara, dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MLL akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah/bahagian, negeri dan kebangsaan.
Program yang julung kali diadakan itu akan dipertandingkan dalam dua kategori iaitu bawah 16 tahun (B-16) – kategori lelaki serta bawah 12 tahun (B-12) juga kategori lelaki sahaja.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah melakukan Pelancaran MLL di Stadium Mini Pancarona Presint 18, Putrajaya, 19 Julai 2022 lalu.
Sibu,28 Julai 2022- Pertandingan Futsal telah diadakan sempena Pesta Selangau 2022 dan telah diadakan bertempat di Gelanggang Futsal Pejabat Daerah Selangau. Pertandingan futsal ini anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Sebanyak 32 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut.
Gimik dan Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Edwin Banta, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak. Turut hadir Puan Morni binti Ibrahim dan juga Encik Melvin Chambai Anak Gurang , Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari bermula 28 Julai 2022 sehinggalah 29 Julai 2022