BETONG, 24 JULAI 2022 - Majlis Perasmian Kursus Kemahiran Gunting Rambut telah dirasmikan oleh YB Encik Mohammad Razi Bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Saribas dengan diiringi oleh YBhg. Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dan Yang Berusaha Encik Nazari Bin Bujang, Pegawai Daerah Kecil Debak. Seramai 21 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut. Semoga melalui pendedahan teori dan amali asas kemahiran gunting rambut ini akan dapat memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada para peserta.
Mukah, 25 Julai 2022 – Perbincangan untuk menganjurkan Program Khidmat Masyarakat : Literasi ICT Komuniti melalui Latihan Aplikasi Pemetaan Digital 2022 telah diadakan pada 20 Julai 2022 bersama dengan Encik Sudiman Bin Suhaili Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Mukah serta pegawai –pegawai yang lain di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Hadir mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Mohammad Arbi Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Program ini adalah salah satu daripada pengisian segmen Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 dan dijangka akan dilaksanakan pada 20 Ogos 2022 di Politeknik Mukah.
Mukah, 25 Julai 2022 – Perbincangan untuk menganjurkan Program Aktif @ Sukan Luar Bandar telah diadakan pada 20 Julai 2022 bersama dengan pegawai tadbir di Pejabat Daerah Daro. Perbincangan diadakan adalah bertujuan sebagai persediaan awal bagi memastikan kelancaran penganjurannya yang akan diadakan pada bulan September bertempat di Dewan KEMAS Daro.
Hadir bersama mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dalam sesi perbincangan tersebut ialah Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab.
Mukah, 25 Julai 2022 – Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi Pertandingan Futsal Piala Belia sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 telah diadakan pada 19 Julai 2022 pukul 2.30 petang bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah menyampaikan ucapan ringkas mewakili pejabat dan diteruskan dengan cabutan undi pasukan.
Sebanyak 16 pasukan akan merebut gelaran juara dalam pertandingan yang akan berlangsung pada 30 Julai 2022 di Kompleks Sukan Komuniti Mukah. Pasukan yang mendapat johan akan mendapat Hadiah Wang Tunai beserta piala pertandingan. Hadiah kemenangan akan disampaikan semasa Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022 pada 6 Ogos 2022 di Dewan Suarah Mesra, Mukah.
BETONG, 24 JULAI 2022 - Simbolik Majlis Perasmian Pertandingan Ping Pong yang telah disempurnakan oleh YB Encik Mohammad Razi Bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Merangkap Ahli Undangan Negeri N.35 Saribas bersama dengan YBhg. Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, di Dewan Badminton Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak. Sebanyak 7 Pasukan telah menyertai pertandingan tersebut dan antaranya ialah :
Mukah, 25 Julai 2022 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Pesta Daro Bil.3 2022 telah diadakan pada 20 Julai 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Daro. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Bujang Rahman Bin Seli, Pegawai Daerah Daro. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir ke mesyuarat tersebut dan telah dihadiri oleh Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab.
Pesta Daro 2022 telah dijadualkan semula pada 5 ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 di Tapak Pesta Daro dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak pada 14 Ogos 2022.
BETONG, 24 JULAI 2022 - Sesi Temubual RTM dan UKAS bersama Yang Berbahagia Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Dalam sesi temubual tersebut, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak menerangkan program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2022. Salah satu program yang sedang berlangsung ialah Program Daripada Belia Untuk Belia Peringkat Bahagian Betong di Daerah Debak. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Program Walk For Life, Kemahiran Kursus Gunting Rambut, Pertandingan Pin Pong, Cabutan Bertuah dan Sukaneka.
SRI AMAN, 24.07.2022 - Sebuah lagi pasukan dari bahagian Sri Aman, Daruma Futbol Sala tetap berpuas hati walaupun berada di tempat ketiga bersama pada Kejohanan Futsal Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak.
Bagi mereka, untuk sesebuah pasukan melangkah sehingga ke separuh akhir ini bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi terpaksa berdepan dengan pasukan-pasukan futsal handalan di setiap bahagian negeri ini.
Bagi mereka juga, pengalaman berjaya menempatkan diri hingga ke pusingan separuh akhir ini akan dijadikan semangat dan tonik untuk pasukan mereka melangkah dengan jauh lagi selepas ini.
Pasukan Daruma Futbol Sala tewas kepada kampung boy yang juga dari Sri Aman dengan penentuan sepakan Penalti 3-2 setelah terikat tanpa jaringan 0-0 pada perlawanan separuh akhir tersebut.
SRI AMAN, 24.07.2022 - PASUKAN dari Sri Aman, Kampung Boy FT mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Futsal Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Arena Sukan Tun Tuanku Haji Bujang UNIMAS, hari ini.
Dalam perlawanan akhir itu, skuad Kampung Boy FT yang dipimpin oleh Abang Mohamad Dzulfitri Abang Jara'ie mudah menewaskan pasukan XMovement dari bahagian Serian dengan jaringan 2-0.
Ketua pasukan Kampung Boy FT, Fis-hak Illa-hi menjadi wira buat pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan itu sekaligus dinobat sebagai juara dan bakal mewakili pasukan MSL Negeri Sarawak yang akan bertanding di Kuala Lumpur pada Ogos ini di MSL peringkat Kebangsaan.
Dengan kejuaraan itu, Kampung Boy FT berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta piala juara dan pingat, manakala pasukan XMovement dari bahagian Serian membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat.
Daruma FS yang juga dari (Sri Aman) dan Warung Futbol C (Miri) masing-masing berada ditempat ketiga bersama dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM700, piala dan pingat.
Dengan kejuaraan ini, pasukan kampung boy FT akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan MSL Kebangsaan yang akan berlangsung pada Ogos di Putrajaya.