SRI AMAN, 26.07.2022- Tebingan Benak atau Waterfront Sg Batang Lupar, Sri Aman menjadi saksi, warga Sri Aman menyambut kedatangan Hero-hero pasukan kampung Boy FT dan Daruma FS yang telah mengharumkan nama Sri Aman selepas mencipta sejarah tersendiri muncul Juara dan tempat ketiga Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat negeri sarawak baru-baru ini.
Dianggarkan ratusan peminat, penyokong dan ahli keluarga menyambut kepulangan hero-hero Sri Aman. Turut hadir menyambut kepulangan mereka adalah Encik Khalid bin Hamid, Ketua Pejabat belia dan Sukan bahagian Sri Aman. Dalam kata-kata amanat ringkas dan santai, beliau mengucapka jutaan terima kasih dan tahniah kepada pasukan kampung Boy FT. Beliau turut memberi kata semangat dan mengharapkan persiapan yang secukupnya bagi beraksi di pentas peringkat Kebangsaan kelak yang bakal dilangsungkan di Komplek Sukan SkyArena, Kuala Lumpur pada 25-28 Ogos 2022.

- JBS Sarawak
- Hits: 298