KAPIT, 28 JULAI 2022 - Webinar Youth Digital Siri 1 Peringkat Bahagian Kapit telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 200 orang peserta belia bersekolah dan belia bekerja. Sesi webinar ini diadakan secara hibrid menerusi aplikasi Google Meet dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No.2. Webinar yang bertajuk "IOT Dalam Pertanian Moden: Penggunaan Media Sosial Dalam Meningkatkan Perniagaan" ini telah disampaikan oleh Puan Mellony Jelawai Stephen, Pengurus Ladang Bukit Bulan Agroshop sebagai penceramah. Program ini juga turut dihadiri para peserta dari Pusat Giat Mara Kapit, Pusat Aktiviti Daerah Kanowit, PeDI Daerah Song serta para peniaga secara atas talian.
Program ini bertujuan menyediakan platform untuk belia berinteraksi secara maya menimba ilmu dan menambah kemahiran dalam keushawanan sosial sebagai peluang penciptaan pekerjaan baru kepada belia. Selain itu, prograam ini juga memberi peluang kepada anak- anak muda menceburi bidang sistem teknologi maklumat disamping memberi kesedaran dan inspirasi kepada belia luar bandar tentang keusahawanan sosial dan potensinya dalam pemerkasaan individu dan komuniti.
- JBS Sarawak
- Hits: 275
