- JBS Sarawak
- Hits: 227
EIGHT UNITED (MIRI) UNGGUL MENJUARAI KEJOHANAN FUTSAL MALAYSIA SPORT LEAGUE PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022 KATEGORI PASUKAN WANITA
MIRI, 25 JULAI 2022 – Kejohanan futsal Malaysia Sports League Peringkat Negeri Sarawak 2022 telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2022 yang bertempat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS. Sebanyak 22 pasukan lelaki dan 21 pasukan wanita daripada 12 bahagian seluruh negeri Sarawak menyertai kejohanan ini. Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2,000 berserta Trofi dan melayakkan diri ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022 nanti. Pasukan yang mewakili Miri ialah Warung 71 D, Warung Futbol C, Eight United, dan Wawasan FT.
Eight United (Miri) berjaya merangkul kejuaraan bagi pasukan wanita dan sekaligus akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022. Setiap kali di gelanggang Eight United (Miri) telah mempamerkan persembahan terbaik mereka. Pasukan lelaki iaitu Warung Futbol C pula berjaya memperolehi tempat ketiga di kejohanan itu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang mewakili Miri kerana semangat juang yang mereka pamerkan sangat membanggakan.
- JBS Sarawak
- Hits: 227
