KAPIT, 20 JULAI 2022 - Liga Tunas Malaysia atau Malaysia Little League (MLL) adalah sebuah program baharu yang merupakan cetusan idea oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam pembangunan sukan bola sepak di negara. Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan ini dalam kalangan belia Malaysia yang berumur 16 tahun ke bawah.
Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan tidak rasmi telah diadakan bersama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Kumbong Garit untuk membincangkan gerak kerja awal perlaksanaan program ini kelak. Beliau berkata pejabat sentiasa menyambut baik usaha dan kerjasama pelbagai agensi di dalam usahasama membangunkan potensi dan kemahiran dalam kalangan pelajar.
Program MLL dijangka akan bermula pada bulan Ogos sehingga September yang akan diadakan bertempat di Stadium Terbuka Kapit. Pertandingan ini akan mempertandingkan dua kategori iaitu Lelaki 12 Tahun Ke Bawah dan 16 Tahun Ke Bawah. Sebanyak lapan pasukan yang terbaik Kejohanan MSSB yang lalu bagi setiap kategori, akan bersaing bagi menempah tiket sebagai juara yang akan layak bertanding ke peringkat negeri kelak.
- JBS Sarawak
- Hits: 230
