KOTA SAMARAHAN, 18 JULAI 2022 - Pasukan Vulture telah mendapat tempat ketiga bersama bagi Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Peringkat Negeri Sarawak. Johan telah di menangi oleh pasukan dari Bahagian Bintulu, manakala naib johan iaitu pasukan dari Bahagian Miri dan ketiga bersama iaitu pasukan dari Bahagian Samarahan dan Pasukan dari Bahagian Limbang. Penyampaian hadiah ini telah disampaikan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama Encik Azizi Bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Kejohanan ini diadakan pada 16 dan 17 julai 2022 di Arena Tun Tuanku Haji Bujang, UNIMAS.
Johan Kejohanan ini akan mewakili Negeri Sarawak untuk Kejohanan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 250
