BINTULU, 21 JULAI 2022- Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2022 Peringkat Bahagian Bintulu bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu semalam. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk yang diwakili oleh Puan Sharpini Binti Daud, serta agensi mahupun NGO dan kelab-kelab belia yang terlibat secara langsung semasa program sambutan HBN 2022 peringkat Bintulu pada 14 ogos 2022.
Hasil perbincangan, program HBN 2022 Peringkat Bahagian Bintulu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung bagi memastikan program HBN ini Berjaya dilaksanakan.
Menurut Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu pelbagai aktiviti pengisian program HBN ini akan diadakan dan berita baik kepada belia di luar sana khususnya warga Bintulu, pada HBN 2022 Peringkat Bahagian Bintulu job fair (PERKESO) bakal menjalankan sesi temu duga terbuka dan ini adalah salah satu inisiatif kepada belia yang sedang memburu pekerjaan dikala negara di fasa endemik.
- JBS Sarawak
- Hits: 250
