- JBS Sarawak
- Hits: 168
MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA TAHUN 2022 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
SARIKEI, 14 JULAI 2022
Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2022 Peringkat Bahagian Sarikei di Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Felicia Tan Ya Hua, Residen Bahagian Sarikei. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei membentangkan kertas kerja HBN dan cadangan program/aktiviti yang akan diadakan pada 6 Ogos 2022.
Ahli mesyuarat bersetuju untuk bersama-sama memeriahkan HBN yang bertemakan "INI MASA KITA" dengan penglibatan aktiviti di Kompleks Sukan Integrasi Baji Jaya, Seberang Sarikei seperti berikut:
1. Aerodance bersama SGC
2. Petanque Double Sarikei Open KEMADAS
3. Futsal MAKSAK
4. Belia Niaga @ Downtown Sarikei
5. Pameran Kerjaya
6. Esports Mobile Legend Bang-bang
7. Perhimpunan Pengakap
8. Santai 'Touchsky' Sarikei
9. Kuiz Kenegaraan
10. Sarawak Trek & Hike Camping Santai
11. Fun Ride PERBASA
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pejabat Belia dan Sukan Sarikei di talian 084-651116
- JBS Sarawak
- Hits: 168
