SRI AMAN, 5 JULAI 2022 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana 1000 Liga Peringkat Bahagian Sri Aman telah memutuskan 7 acara sukan yang bakal dilaksanakan bermula 06 Ogos 2022 sehingga 25 September 2022. Antara sukan yang akan di pertandingankan termasuk 3 acara sukan wajib iaitu Sukan Pingpong, Sukan Badminton dan Sukan catur serta 4 acara sukan pilihan iaitu Sukan memanah, sukan petanque, sukan dart dan acara sukan congkak. Semua acara sukan tersebut akan dilaksanakan secara liga sukan individu. Program 1000 Liga ini adalah berbentuk liga sukan jangka panjang yang berasaskan kepada jenis sukan yang dipertandingkan. Liga sukan tersebut akan dilaksanakan sendiri oleh kelab-kelab sukan yang berdaftar dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang aktif di bahagian Sri Aman.
Mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Gunung Lesung, Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Israk Bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman. Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah wakil Residen Bahagian Sri Aman, Pegawai MDSA, Pegawai Penyiaran RTM Bahagian Sri Aman, Pegawai Pertahanan Awam bahagian Sri Aman, Kelab Sukan Ping pong Sri Benak Simanggang, Kelab Memanah Simanggang, Persatuan Petanque Bahagian Sri Aman dan Wakil pengiat sukan Dart Sri Aman.

- JBS Sarawak
- Hits: 221