SARIKEI, 1 JULAI 2022 - Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Tahun 2022 Anjuran Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JKPPBGP) Sarikei pada 1 Julai 2022 yang lepas.
Majlis tersebut diketuai oleh Dr. Hwang Yew Lang, Pengerusi JKPPBGP dengan hasrat supaya semua pejabat di Wisma Persekutuan Sarikei dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei pula diwakili oleh Pn. Jamaika Binti Marciano, En. Abdul Rani Bin Jemi dan En. Terence Tan.
BETONG, 29 JUN 2022 - Kunjungan daripada Presiden Kelab Sukan Rekreasi Permotoran Bandar Baru Betong En Abdul Rahim bin Jaini ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penghantaran MYKB kelab. Puan Noorlina Bt Mirais dari pihak pejabat telah memberi penerangan serta beberapa maklumat yang perlu dilakukan oleh pihak kelab sebelum menghantar MYKB supaya pengisian maklumat yang diberi lengkap dan memenuhi prosedur yang ditetapkan.Pihak pejabat juga menyeru supaya kelab atau persatuan yang telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di Bahagian Betong supaya sentiasa mengemaskini MYKB untuk mengelakkan kelab atau persatuan dibatalkan.
BETONG, 29 JUN 2022 - Program Interversi Sosial Dari Belia Untuk Belia Tahun 2022 Peringkat Negeri bakal diadakan di Bahagian Betong pada bulan September tahun 2022.Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan penglibatan Belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat dan menggalakkan kolaborasi belia bersama Pertubuhan Belia berdaftar dan lain-lain agensi berkaitan.Selain itu, pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan sumbangan belia kepada inisiatif intervensi sosial, memupuk amalan murni dalam kalangan belia serta menggalakkan belia untuk berpesatuan.Sehubungan itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara pihak pejabat dan wakil dari Politeknik METrO Betong (agensi kerjasama) iaitu, Encik Muhammad Afiq Fikri bin Mohd Jafri dan Encik Amydisyukrie bin Md Yusoff bagi meneliti dan merancang pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keadaan setempat.Kaedah perlaksanaan program ini nanti akan dilaksanakan secara advokasi, kempen, pendidikan, latihan, ceramah dan yang bersesuaian dalam menangani permasalahan sosial di kalangan belia. Di harap inisiatif ini dapat membentuk dan melahirkan generasi Belia yang mantap, sihat serta kukuh sahsiahnya sebagai aset sosial terpenting kepada negara.
MIRI, 30 JUN 2022 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa telah diadakan di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 29 Jun 2022 (Rabu) lepas. Dijemput hadir pada majlis tersebut ialah Encik Roley anak Lagir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Cik Amy Noryanti binti Eni dari unit pembangunan Rakan Muda, dan Cikgu Amri bin Haji Azmi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembangunan Bakat Murid (kokurikulum). Sesi penyerahan sijil dan pin telah diwakili oleh Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri dan Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Seramai 27 orang pelajar layak menerima anugerah ini pada hari tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta Tahap Gangsa tersebut kerana berjaya melengkapkan setiap komponen dengan jayanya walaupun pelbagai rintangan yang perlu dilalui. Semoga peserta yang menerima anugerah ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk menyertai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
BETONG, 28 JUN 2022 - Satu sesi Perbincangan Program Walk For Life (23/7) Siri Ke-3, Debak & W-Fit@Community Siri 1 Betong & Siri 2 Saratok serta Tatacara Permohonan Pendaftaran Kelab Sukan, Rekreasi & Kecergasan telah diadakan bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong oleh Cik Nurulzamzam Bt Hj. Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama dengan Encik Ibrahim bin Bujang dan Cik Lina Lee jurutunjuk kecergasan. Perbincangan tersebut adalah untuk perincian aktiviti yang bakal dilaksanakan.
MIRI, 30 JUN 2022 – Satu taklimat dan sesi penerangan mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang bertempat di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang telah diadakan pada 29 Jun 2022 ( Rabu) semalam. Cikgu Amri bin Haji Azmi merangkap sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembangunan Bakat Murid (kokurikulum) yang bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Miri telah diwakilkan untuk memberi taklimat pada hari tersebut. Turut hadir pada sesi taklimat tersebut ialah Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan Cik Amy Noryanti binti Eni dari unit pembangunan Rakan Muda.Antara pengisian taklimat tersebut ialah pengenalan, objektif, dan kelebihan menyertai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Tujuan taklimat ini ialah untuk menarik minat kalangan pelajar menyertai program ini. Semoga setiap perkara yang telah disampaikan mampu memberi manfaat dan akan mendatangkan ramai lagi generasi untuk meneruskan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
BETONG, 29 JUN 2022 - Pelaksanaan Program 'Walk for life' Siri 2 telah dilaksanakan bertempat di SK Batang Maro, pada 26 Jun 2022 dan di rasmikan oleh Encik Soli Bin Seman, Ketua Kampung Batang Maro.
Program ini bertujuan menyemai budaya hidup aktif melalui berjalan kaki di samping menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran menjalani gaya hidup sihat. Turut diadakan acara sukaneka di kalangan peserta untuk memeriahkan lagi program Walk For Life Siri - 2 ini. Seramai 68 orang peserta telah menyertai program ini.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti Kelab Belia Kampung Pusa, SK Batang Maro, RELA, komuniti setempat yang sama-sama menjayakan program ini.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL
KUCHING 22 HINGGA 24 JUN 2022
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) telah mewakilkan Puan Sharifah Zainab Wan Yahya dari Unit Kewangan menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan Arahan Pegawai Pengawal pada 22 Jun hingga 24 Jun 2022 bertempat di Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Kursus ini adalah anjuran Bahagian Kewangan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBSM) bertujuan menyediakan platform kepada para pegawai untuk berinteraksi secara langsung dengan bahagian kewangan KBSM mengenai permasalahan pengurusan kewangan di PTJ di samping meningkatkan pengetahuan pegawai kewangan mengenai peraturan semasa yang telah digariskan di dalam Arahan Pengawal Pengawal KBSM dan tindakan kawalan serta pengawasan mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Ianya juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan di samping menwujudkan hubungan baik sebagai rantai jaringan kerja kepada semua pegawai di bawah Unit Kewangan. Usaha ini menjadi langkah proaktif yang diambil bertujuan menambah ilmu pengetahuan pegawai kewangan di semua peringkat untuk menjalankan tugasan dengan lebih cepat, cekap dan teratur bagi mengurangkan kerugian kepada kerajaan dan mengelakkan implikasi audit.
KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL
KUCHING 22 HINGGA 24 JUN 2022
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) telah mewakilkan Puan Sharifah Zainab Wan Yahya dari Unit Kewangan menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan Arahan Pegawai Pengawal pada 22 Jun hingga 24 Jun 2022 bertempat di Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Kursus ini adalah anjuran Bahagian Kewangan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBSM) bertujuan menyediakan platform kepada para pegawai untuk berinteraksi secara langsung dengan bahagian kewangan KBSM mengenai permasalahan pengurusan kewangan di PTJ di samping meningkatkan pengetahuan pegawai kewangan mengenai peraturan semasa yang telah digariskan di dalam Arahan Pengawal Pengawal KBSM dan tindakan kawalan serta pengawasan mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Ianya juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan di samping menwujudkan hubungan baik sebagai rantai jaringan kerja kepada semua pegawai di bawah Unit Kewangan. Usaha ini menjadi langkah proaktif yang diambil bertujuan menambah ilmu pengetahuan pegawai kewangan di semua peringkat untuk menjalankan tugasan dengan lebih cepat, cekap dan teratur bagi mengurangkan kerugian kepada kerajaan dan mengelakkan implikasi audit.