LIMBANG, 19 MAC 2021 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang telah membuat lawatan pemantauan ke atas beberapa buah fasiliti sukan dan rekreasi di sekitar Daerah Limbang bermula dari 9 Mac 2021.
Lawatan pemantauan ini adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap pematuhan operator sukan dan rekreasi di bandaraya ini terhadap SOP yang telah ditetapkan dalam usaha negara menangani pendemik COVID-19 dan seterusnya memastikan kelangsungan industri sukan secara keseluruhannya.
Lawatan pemantauan SOP sektor sukan dan rekreasi ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
- JBS Sarawak
- Hits: 572
