Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) diketuai oleh Puan Margaret Sawing telah melaksanakan aktiviti gotong royong di Bilik Stor Ibu Pejabat Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak sempena lanjutan Ops Pembersihan 2.0.
Aktiviti gotong- royong ini bertujuan untuk menjaga kebersihan serta memberi persekitaran yang selesa untuk bekerja di samping mengeratkan silaturahim di kalangan semua. Usaha membersihkan pejabat juga dilakukan untuk memberikan imej lebih sempurna, menjaga kebersihan dan ianya dapat memberi susana selesa kepada semua yang datang berkunjung menziarah.
Sokongan dan kerjasama semua sejumlah fail- fail yang masih wujud dan aktif telah dikemas dan disusun atur semula ke bilik stor Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Majlis Pelancaran Karnival Intelek bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-45 Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Fazzrudin Bin Hj Abdul Rahman ADUN N.6 Tupong mewakili Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) pada 20 Jun 2022 di Balai Budaya DBP cawangan Sarawak.
Teks ucapan Yang Berhormat Dr Abdul Rahman disampaikan oleh Tuan Fazzrudin Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN N.6 Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Primier Sarawak. Beliau menyarankan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak perlu merekayasa pelbagai pendekatan dan kaedah bidang tugasnya selari dengan dasar dan polisi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri bukan sahaja meliputi kemasyarakatan tetapi juga kecanggihan teknologi berteraskan kemajuan pemodenan dalam segala aspek kehidupan pada masa depan. DBP harus menyelaraskan tiga fungsi utamanya itu dengan teras ekonomi digital yang dijadikan sandaran pembangunan teknologi dan capaian maklumat.
Bersempena dengan Ulang Tahun ke-45 Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sarawak mempersembahkan Deklamasi Puisi Dirgahayu DBP bertajuk Api dari Suatu Zaman, Persembahan lagu Puisi, penyampaian hadiah Pertandingan mencipta logo 45 Tahun DBP, diskaun 35 % jualan buku di kedai buku DBP Sarawak dan Sayembara bersempena dengan dekad Bahasa Kebangsaan, dilancarkan Buku Hikayat Panglima Nikosa : Menelusuri Gagasan dan Pemikiran Ahmad Syawal Abdul Hamid.
Encik Wan Nazri Wan Jawi dari Unit Pembangunan Belia Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) telah menghadiri Majlis Pelancaran tersebut bagi mendapatkan info pendedahan di samping menjalinkan hubungan baik sebagai rantaian jaringan kerja kepada semua agensi kerajaan bagi memantapkan pelaksanaan program- program pembangunan belia dan masyarakat.
Warga Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) berasa gembira dan terharu menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Encik Royston Valentine Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.57 Tellian. Kunjungan mesra YB kali kedua ini membincangkan sesuatu berkaitan dengan program pembangunan belia , dasar dan polisi kerajaan dalam agenda pembangunan belia.
Puan Margaret Pegawai Belia dan Sukan bahagian Kuching bersama Warga PBSB Kuching merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Royston Valentine kerana sudi singgah semata- mata untuk bersembang mesra
dan berbincang mengenai hala tuju untuk pembangunan belia dan masyarakat Sarawak. Kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan mesra di kalangan Pegawai dan pemimpin setempat.
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI BADAN SUKAN (KPOBS) PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING NEGERI SARAWAK
KUCHING 19 JUN 2022
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kch) telah mewakilkan Encik Wan Nazri Wan Jawi dari Unit Pembangunan Belia menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan ( KPOBS) Peringkat Bahagian Kuching pada 19 Jun, 2022 bertempat di Merdeka Palace & Suites Hotel, Kuching.
Kursus ini adalah anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak (PJSRS) bertujuan memberi pendidikan yang menyasarkan pemegang jawatan badan sukan di Sarawak yang kurang atau tiada pengalaman dan pengetahuan mengenai asas pentadbiran badan sukan.
Ianya juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kemesraan di samping menwujudkan hubungan baik sebagai rantai jaringan kerja kepada semua pertubuhan badan sukan yang sah berdaftar dibawah (PJSRS). Usaha ini menjadi langkah proaktif yang diambil bertujuan mendekatkan pegawai PJSRS dan PBSB Kch bersama Pertubuhan- pertubuhan badan sukan Negeri Sarawak menjayakan program- program pembangunan sukan di peringkat bahagian dan Negeri Sarawak.
SRI AMAN, 18 JUN 2022 – One Stop Committee (OSC)-MIDS Daerah Sri Aman dan Jawatankuasa Kerja Program telah menjayakan Program Pendidikan dan Pencegahan Dadah bersempena Hari Antidadah Peringkat Daerah Sri Aman. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesi senamrobik dan acara sukaneka untuk warga Sri aman bertempat di Waterfront Simanggang. Pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan bersama agensi-agensi di Bahagian Sri Aman seperti pameran oleh agensi kerajaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan karaoke dan cabutan tiket bertuah. Program tersebut telah di rasmikan oleh YB Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli ADUN N.32 Simanggang.
22 jun 2022, BINTULU - Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong sedia menggembleng tenaga bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu untuk bekerjasama melaksanakan sambutan Hari Belia Negara peringkat Bahagian Bintulu dijangka diadakan pada bulan ogos. Perjumpaan dan perbicangan yang diketuai oleh Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bintulu dan dihadiri oleh ahli-ahli Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong pada isnin lepas. Perbincangan sambutan Hari Belia Negara peringkat Bahagian Bintulu menunjukkan kerjasama dan idea yang padu dari kedua pihak .
Objektif sambutan Hari Belia ini diadakan bagi menghargai dan memberikan pengiktirafan daripada kerajaan kepada golongan belia yang telah menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus meningkatkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia. Diharap agar belia diluar sana agar sentiasa memupuk semangat yang tinggi dalam memajukan pembangunan negara yang kita cintai ini.
Mukah, 22 Jun 2022 – Pertandingan mini futsal anjuran HURA FT telah diadakan pada 21 Jun 2022 di Kompleks Sukan Komuniti Mukah. Perlawanan tersebut disaksikan Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan beliau turut dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang. Hadiah kemenangan adalah sumbangan daripada Encik Muhamad Tarmizi Karnain Abdah dan Encik Nizam Bin Minhat.
Perlawanan tersebut telah disertai oleh 5 pasukan yang terawal iaitu HURA FT A, HURA FT B, BANGQU FT, Manifesto FT dan One Piece FT. Kesemua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan program seperti ini mampu memupuk gaya hidup aktif di kalangan belia. Pasukan One Piece FT telah dinobatkan sebagai johan, naib johan jatuh kepada pasukan Manifesto FT manakala tempat ketiga dimenangi oleh BANGQU FT.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah sangat menggalakan belia di Mukah melakukan aktiviti gaya hidup aktif seperti futsal dan aktiviti lain bagi menyediakan belia yang sihat tubuh badan serta akal fikiran dalam menempuhi dunia serba mencabar pada masa akan datang
KOTA SAMARAHAN, 20 JUN 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah membuat satu perjumpaan bersama Encik Hasbi Bin Ancheh, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan dan Encik Jimmy Anchaw, Timbalan Pembangunan Murid. Perjumpaan ini telah diketuai sendiri oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bersama Encik Muhammad Naim Bin Abdul Nasir, Ketua Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Perjumpaan tersebut dibuat bagi membincangkan perkara berkenaan dengan program yang akan dilaksanakan bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu Program Malaysia Little League (MLL) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Program Liga Bakat Bola Sepak Peringkat Sekolah ini merupakan cetusan idea oleh Yang Di-Pertuan Agong dalam pembangunan sukan bola sepak di Malaysia. Sebanyak 2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Kategori Lelaki Bawah 16 Tahun.
Diharapkan agar Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dapat bersama-sama berganding bahu demi menjayakan program yang akan dilaksanakan nanti.
KOTA SAMARAHAN, 18 JUN 2022 - Pasukan Sanchez dan IPGKTAR wakil Bahagian Samarahan ke Kejohanan Badminton Berpasukan MSL 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung pada 18-19 Jun 2022 (Sabtu & Ahad) di Arena Badminton UNIMAS, Kota Samarahan.
Pasukan Sanchez telah diundi didalam kumpulan A bersama dengan Pasukan Rhinoceros Beetle (Sri Aman) dan Seratok Merah (Betong) manakala Pasukan IPGKTAR diundi didalam kumpulan B bersama dengan pasukan Lung Lung Hin (Kuching) dan Markat TJ (Kapit)
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Sanchez dan Pasukan IPGKTAR yang telah bermati-matian berjuang demi nama Bahagian Samarahan.