MIRI, 10 JUN 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan daripada Kelab Belia Tenaga Bandar Miri, sebentar tadi. Tujuan kunjungan ini ialah untuk menerima sijil perakuan pendaftaran Kelab Belia Tenaga Bandar Miri yang telah diluluskan permohonan pendaftaran di bawah Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) pada 23 Mei 2022. Penyerahan sijil telah dilakukan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri kepada Pengerusi Kelab Belia Tenaga Bandar Miri, Encik Kuan Shean Loong.
Sedikit penerangan turut diberikan oleh Puan Stephanie Wendy dari Unit Pembangunan Belia agar Kelab Belia ini sentiasa mematuhi peraturan sedia ada sebelum melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa proaktif dalam melaksanakan aktiviti untuk belia setempat. PBSB Miri mengucapkan tahniah atas penubuhan kelab belia ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 369
