Sibu, 27 Mei 2022- Majlis Jawatankuasa Penganjuran Pesta Selangau bagi tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Luar Bandar Sibu. Pesta Selangau ini akan diadakan pada 27 hingga 30 Julai 2022 bertempat di Pekan Selangau.
Pelbagai acara akan diadakan seperti acara Tarik Tali, Futsal, Dart, Ratu Cantik dan berakit . Acara ini terbuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertainya.
Puan Morni binti Ibrahim dan juga Encik Melvin Chambai Ak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu hadir mesyuarat tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 252
