- JBS Sarawak
- Hits: 214
NAGA ASMARA FT DAN BURAGAS PHEONIX JOHAN PERTANDINGAN FUTSAL MSL 2022 KAPIT BAGI KATEGORI LELAKI DAN WANITA
KAPIT, 23 MEI 2022 - Berakhir sudah Pertandingan Futsal (Lelaki & Wanita) sempena Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Bahagian Kapit yang bermula pada Sabtu yang lalu dan telah berakhir semalam yang diadakan di Gelanggang Sukan Pelbagaiguna Pekan Song, Sarawak. Ini merupakan pertandingan sukan yang terakhir bagi MSL 2022 Peringkat Bahagian Kapit yang telah bermula semenjak bulan Mac yang lalu dengan mempertandingkan sebanyak lima (5) jenis sukan iaitu sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, badminton dan futsal.
Pada pertandingan futsal kali ini, sebanyak sembilan belas (19) pasukan lelaki yang telah menyertai dan bertanding serta lima (5) pasukan wanita bagi merebut hadiah kemenangan yang telah disediakan. Pasukan lelaki iaitu Naga Asmara FT telah menjuarai pertandingan bagi Kategori Lelaki. Manakala, Naib Johan pula disandang oleh pasukan Kesutra. Tempat Ketiga Bersama pula dikongsi bersama oleh pasukan Frenz Skill dan Buragas United. Untuk kategori wanita pula, Johan telah dimenangi oleh pasukan Buragas Pheonix. Manakala Naib Johan dimenangi oleh pasukan PSKPP Kapit dan tempat Ketiga Bersama masing-masing dimenangi oleh pasukan Inferno FT dan Herrera FT. Sehubungan dengan itu, pasukan Naga Asmara FT, Kesutra, Buragas Pheonix dan PSKPP Kapit secara langsung adalah mewakili Bahagian Kapit ke Kejohanan Futsal MSL 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 23 hingga 24 Julai 2022 bertempat di Arena Sukan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan
Tahniah kepada semua pasukan yang telah menang serta terima kasih kerana telah menyokong dan menyertai pertandingan pada kali ini. Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Bahagian Kapit, Pejabat Daerah Song, Ibu Pejabat Polis Daerah Song, Pejabat Rela Daerah Song, Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam Kapit serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pada kali ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 214
