MIRI, 20 MEI 2022 – Bahagian Miri terpilih sebagai tuan rumah bagi acara sepak takraw Kejohanan Malaysia Sports League Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang dijadualkan pada 25 dan 26 Jun 2022. Sebanyak 12 buah pasukan yang mewakili setiap bahagian di negeri Sarawak akan berentap di Stadium Bandaraya Miri semasa kejohanan tersebut.
Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Roger Danny dari Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri dan Encik Abdul Hamid Sulaiman dari Persatuan Sepak Takraw Bahagian Miri telah mengadakan perbincangan awal semalam di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri sebagai persediaan sebelum dibawa ke mesyuarat peringkat negeri kelak.
- JBS Sarawak
- Hits: 238
