MIRI, 13 MEI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Badminton Bahagian Miri telah mengadakan lawatan tapak Kejohanan Badminton MSL Bahagian Miri 2022 yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Mei 2022.
Kejohanan tersebut akan dilaksanakan di Dewan Serbaguna, IKBN Miri. Semasa lawatan tapak tersebut diadakan, pihak jawatankuasa teknikal yang dilantik iaitu Persatuan Badminton Bahagian Miri turut membuat persiapan tempat dan menyediakan kelengkapan serta kemudahan sukan tersebut agar program berjalan dengan lancar. Seramai 10 orang pengadil bersama ketua dan pembantu teknikal turut hadir untuk melihat persiapan tempat kejohanan tersebut.
Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan 3X3 Basketball Kategori Lelaki & Wanita MSL Peringkat Bahagian Sarikei 2022 di Dewan Bola Jaring, Susur Jambu, Sarikei.
Terima kasih semua kepada yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jutaan terima kasih juga kepada Encik Ha Hang Ping, Exco Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei diiringi Encik Abdul Rani Bin Jemi, Pegawai Penyelaras MSL Peringkat Bahagian Sarikei kerana sudi hadir ke Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan 3X3 Basketball Kategori Lelaki & Wanita MSL Peringkat Bahagian Sarikei 2022.
Kejohanan berakhir dengan keputusan:
Kategori Wanita
Johan - ENMotor Sdn Bhd
Naib Johan - SMK Tong Hua
Ketiga bersama - Cola Bear Senior & Junior
Kategori Lelaki
Johan - Team Bennet
Naib Johan - Crown
Ketiga bersama - Unisport & SClover
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Turut hadir bersama Encik Wong Khung Kong, Presiden Unisport Club dan Encik Terence Tan.
Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Badminton Berkumpulan MSL Peringkat Bahagian Sarikei 2022 di Yiko Badminton Hall, Sarikei.
Terima kasih semua kepada yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jutaan terima kasih juga kepada Dr. Mark Wong Ngie Chuong, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Bahagian Sarikei diiringi Encik Mohd. Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei kerana sudi hadir ke Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah MSL Badminton Berkumpulan Bahagian Sarikei.
Kejohanan berakhir dengan keputusan:
Johan : Aurora Sari
Naib Johan : Sarikei BA
Ketiga bersama : Wyldaan BT & KRT Sunny Spring
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Turut hadir bersama Encik Abdul Rani Bin Jemi dan Encik Terence Tan.
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BADMINTON BERPASUKAN SEMPENA MSL PERINGKAT BAHAGIAN SIBU
Sibu, 15 Mei 2022- Pertandingan Badminton berpasukan sempena Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Sibu telah pun melabuhkn tirainya menandakan berakhirnya pertandingan tersebut yang telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Dewan Badminton IPD Sibu.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut:
1. Johan : WCBF
2. Naib Johan : Maeltree Ceria
3. Ketiga bersama : Pro Wira BA
: Pro Wira BTC
Majlis penyampaian hadiah disempunakan oleh Encik Andrew Lau Kah Yong, Setiausaha Sulit kepada YB Encik Michael Tiang, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) diiringi oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman , Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan juga Encik Adli bin Ali Akebar, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Maeltree.
Secara rasminya pasukan WCBR Sibu dan juga Maeltree Ceria akan mewakili Bahagian Sibu ke Peringkat Negeri yang di jangka akan di adakan pada Jun -Julai 2022.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan ucapan dan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua peserta yang bertanding, RELA Sibu, barisan pengadil, barisan teknikal pertandingan dan tidak dilupakan Pengerusi dan juga ahli jawatankuasa Maeltree yang bertungkus lumus membantu sehingga pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.
MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) Kejohanan 3X3 Basketball Bahagian Sarikei sedang berlangsung di Stadium Bola Keranjang Susur Jambu Sarikei. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei. Sebanyak 27 pasukan kategori lelaki dan 9 pasukan kategori wanita akan beraksi untuk kejohanan ini.
Semoga berjaya kepada semua pasukan yang bertanding.
Skuad sukarelawan RMSBV turut membantu pihak penganjur dalam melaksanakan tugas-tugas pemantauan pematuhan SOP di program MSL 2022 Sarikei yang sedang berlangsung di Stadium Bola Keranjang Susur Jambu Sarikei.
Seramai 2 orang RMSBV telah bertugas. Ribuan penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang tidak pernah kurang dalam membantu dan memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
SERIAN, 12 MEI 2022 - Sebanyak 11 pasukan telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan badminton berpasukan MSL Peringkat Bahagian Serian yang akan berlangsung pada 14 Mei 2022.
Taklimat kepada pengurus pasukan dan sesi cabut undi telah diadakan di vanue pertandingan iaitu di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin Serian.
Pertandingan yang akan menawarkan hadiah berupa wang tunai ini juga adalah bagi mencari pemenang johan dan naib johan yang akan mewakili bahagian Serian di pertandingan peringkat negeri pada 18-19 Jun 2022 nanti di UNIMAS.
MIRI, 13 MEI 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Badminton Bahagian Miri telah mengadakan Mesyuarat Kejohanan Badminton MSL Bahagian Miri 2022 bersama pengurus badminton di Dewan Serbaguna IKBN Miri pada 12 Mei 2022.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Program seterusnya diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi yang disampaikan oleh pihak Persatuan Badminton Bahagian Miri. Seramai 13 orang pengurus badminton mewakili 13 pasukan telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan badminton MSL yang akan diadakan pada 14 dan 15 Mei 2022 di Dewan Serbaguna, IKBN Miri.