Mukah, 10 Mei 2022 – Perjumpaan bersama Encik Zaidi pada 09 Mei 2022 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah untuk berbincang bagi menubuh dan mendaftar Kelab Taekwando di Mukah. Kelab ini ditubuh dan didaftar bertujuan untuk melahirkan pelapis sukan Taekwando di Mukah seterusnya dapat menjadikan sukan ini lebih aktif di peringkat akar umbi.
Encik Mohammad Arbi Bin Rosli telah mewakili pejabat dalam perbincangan tersebut dan beliau telah menerangkan kepada Encik Zaidi kepentingan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) dan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum menubuh dan mendaftar kelab.
KUCHING, 09 MEI 2022 - Seramai lima orang Penolong Pegawai Belia Dan Sukan (S29) baru telah melapor diri pada hari ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Pegawai tersebut adalah Cik Jamaika binti Marciano, Cik Amy Noryanti binti Eni, Cik Diana Nuff binti Abdel Aziz, Encik Marinus Insil dan Encik Melvin Chambai Ak Gurang.
Satu sesi taklimat bersama Pengarah, Encik Lamat Anak Nyalau telah diadakan pada pagi ini dan turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Taklimat tersebut telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah, En. Ronnie Boniface Nugi, di mana penerangan terperinci berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan agensi di bawah kementerian di bentangkan sebagai makluman dan pengetahuan pegawai yang baharu melapor. Tradisi ini sering kali di adakan bagi menyambut pegawai baru yang melapor di jabatan.
Turut hadir di sesi taklimat tersebut ialah En. Rahmat Elli, Penolong Pengarah Cawangan Pembagunan Rakan Muda dan En. Eshady Pengurus KOMBES. Selamat datang diucapkan dan selamat bertugas. Semoga dengan adanya muka baru ini akan dapat menaikkan nama dan imej jabatan dan apa yang penting bertugaslah dengan penuh amanah dan integriti.
SAMARAHAN, 09 MEI 2022 – Satu mesyuarat bersama pengurus pasukan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Turut hadir Pengerusi Pengelola Kejohanan dari UNIMAS dan semua wakil jabatan kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri dan badan berkanun seperti PDRM, Pendidikan, Perubatan, JPJ, UiTM, JKR, MSN, Rando Serian, Jabatan Kimia, Jabatan Ketua Menteri, Perbendaharaan Sarawak dan Bank Simpanan Nasional Sarawak. Taklimat bagi pengurus pasukan ini telah di bentang oleh wakil UNIMAS iaitu selaku pengelola kejohanan iaitu En. Mohd Afif Zulhilmi Bin Alet. 14 pasukan akan berentap untuk merangkul pingat di kejohana itu nanti yang akan berlangsung pada 14-15 Mei 2022 di Stadium UNIMAS, Samarahan. Bagi Jabatan belia dan Sukan Sarawak akan diwakili oleh pegawai sukan sendiri di mana salah seorang bekas atlit olahraga negara sekitar tahun 2012-2016 iaitu En. Mohamad Arif Zulhilmi Bin Alet. Diharap dengan adanya kejohanan seperti ini akan dapat melahirkan penjawat awam yang sihat dan sentiasa cakna akan kesihatan semasa sekaligus menggalakkan pembudayaan sukan di kalangan masyarakat sebagai cerminan bahawa perkhidmatan awam ini adalah acuan yang relevan melalui penyampaian yang efisyen terus kepada orang awam.
Sesi penyerahan sijil penghargaan bagi Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVac Volunteers) bagi daerah Sarikei telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Sijil telah disampaikan oleh Encik Terence Tan kepada Saudara Wong Soon Ping Wong Soon Ping . Beliau adalah belia yang sangat dedikasi dan komited sepanjang menjalankan tugas sebagai sukarelawan MyVac pada tahun lepas. Dan kini telah melanjutkan pelajaran ke UTP Perak.
Semoga Saudara Wong Soon Ping akan terus sukses dalam bidang yang beliau ceburi di masa akan datang.
Perbincangan dan penyelarasan telah diadakan di antara Encik Terence Tan wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan Penjamin Encik Hii Sii Chai iaitu Encik Wong Hing Lung berkaitan Tabung Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWPEB).
Semoga perbincangan dan urusan yang singkat ini akan dapat membantu dan memudahkan segala urusan Encik Hii Sii Chai dan Encik Wong Hing Lung pada masa akan datang.
KEJOHANAN BOLA KERANJANG WANITA MALAYSIA SPORT LEAGUE BAHAGIAN KUCHING 2022
KUCHING 24 APRIL 2022
Kejohanan Bola Keranjang Wanita Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Kuching 2022 telah berlangsung pada 24 April 2022 di Dewan Bola Keranjang Chung Hua Middle School No 3 Kuching . Penyertaan amat menggalakkan dari kalangan anak- anak muda berbangsa Cina sekitar Bahagian Kuching. Mereka mengsyorkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menarik minat lebih ramai penyertaan dan secara tidak langsung dapat mencari serta mencungkil bakat- bakat baru dalam sukan Bola Keranjang wanita.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Joyce Anyie wakil Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching. Kejohanan Bola Keranjang Wanita MSL kali ini telah dimenangi oleh pasukan Doremon ABC, B. Twins selaku Naib Johan dan pasukan Gao Xiao Mei Nv dan Batu Kawa Sports Association masing- masing menduduki tempat ketiga Bersama.
PROGRAM ZIARAH KASIH SEMPENA HARI RAYA DAN GAWAI DAYAK 2022
KUCHING 28 APRIL 2022
Program Ziarah Kasih Sempena Hari Raya Dan Gawai Dayak diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di samping menyampaikan sumbanganberbentuk hamper dan barangan keperluan asas kepada anak- anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di Rumah Seri Kenangan Kuching. Usaha ini menjadi langkah proaktif yang diambil bertujuan untuk mendekati golongan yang memerlukan dengan lebih dekat bagi memastikan kebajikan komuniti sentiasa terbela.
Ziarah Kasih kali ini diketuai oleh Yang Berbahagia Datu Sherrina Binti Hussain Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching dan Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Kuching, Tuan Mackos anak Sibong Timbalan Residen Bahagian Kuching, Cik Claudia Kassim Setiausaha MAKSAK Bahagian Kuching, Encik Frank Ritchie Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Puan Hajah Norhayati Hj Abdul Rahman Pegawai Kebajikan Bahagian Kuching, Cik Margaret Sawing Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching, Puan Norhayati Ahmad wakil Pegawai Pertanian Bahagian Kuching, ASP Syed Zainal Abidin Syed Ali wakil Ketua Polis Daerah Kuching, Cik Nurasyikin Mohd Zaidi Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kuching, Pegawai- Pegawai kerajaan dan NGO sekitar Kuching.
Yang Berbahagia Datu Sherrina Binti Hussain Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Kuching merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sharifah Ranimah Wan Hashim Pengetua Rumah Seri Kenangan Kuching selaku tuan rumah kunjungan Ziarah Kasih 2022 kali ini. Ziarah kasih ini bukan sekadar lawatan bagi menyampaikan sumbangan tetapi juga untuk mengenal pasti masyarakat kurang bernasib baik yang tercicir daripada perhatian pihak bertanggungjawab agar maklumat dapat disampaikan untuk tindakan selanjutnya.
KEMERIAHAN MAJLIS RASA BUBUR LAMBUK SEMPENA RAKAN MUDA DAY OUT 2022
KUCHING 21 APRIL 2022
Salah satu budaya dan tradisi unik di Sarawak ketika menyambut bulan suci Ramadhan adalah memasak dan berbagi bubur lambuk. Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Kuching, Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan, Politeknik Kuching dan Kelab Keluarga Belia Dan Sukan Kuching (KEBS) sudah mulai sibuk dengan aktiviti gotong royong memasang kanopi dan memasak bubur lambuk. Warga JBSNS dan juga sukarekawan dari beberapa Kelab dan Persatuan Bahagian Kuching berkumpul untuk menjayakan Majlis RASA Bubur Lambuk Sempena Rakan Muda Day Out pada 21 April 2022.
Aktiviti penyediaan ramuan masakan telah menyerlahkan kreativiti dengan mencipta resipi berasaskan rempah tempatan dengan citarasa dan gaya masakan mengikut pengalaman masing- masing. Bahan- bahan yang digunakan seperti beras, sayuran, daging, cengkeh, kapulaga, jintan, dan rempah lainnya menjadikan bubur lambuk kaya dengan rasa kerana kondimen nya pun beragam, bubur lambuk merepresentasikan bersatunya masyarakat khususnya di bulan suci Ramadhan tiba.
Dalam budaya tradisi yang baik ini, rasa syukur dan sabar dapat dirasakan tertanam ke dalam diri umat muslim dan masyarakat sejagat kerana ada nya semangat untuk bersedekah berbagi nikmat dengan sesama insan sebagai wujud rasa syukur.
Cik Margaret Sawing Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Kuching merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga JBSNS, warga Politeknik Kuching, ahli- ahli Persatuan dan Kelab Bahagian Kuching yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program Majlis RASA Bubur Lambuk Sempena Rakan Muda Day Out 2022 Bahagian Kuching. Solusi penyatuan ini amatlah baik dan diharapkan boleh dirasai di sanubari masing- masing. Salam Ramadhan Al Mubarak 1443H.
Perjumpaan dan perbincangan bersama Encik Nyawin Sirai mengenai penubuhan kelab badminton untuk komuniti setempat.
Beliau berhasrat untuk menubuhkan kelab badminton ini supaya ianya akan dijadikan platform untuk belia-belia dan peminat sukan badminton untuk menyertai aktiviti yang akan dianjurkan.
Sementara itu, Encik Nyawin juga akan menghantar satu pasukan untuk menyertai MSL Badminton Peringkat Bahagian Sarikei yang akan berlangsung selepas Perayaan Hari Raya ini nanti.