- JBS Sarawak
- Hits: 459
PBSB LIMBANG DAN PERKESO LIMBANG JALIN KERJASAMA SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN)
LIMBANG, 11 MAC 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah mengadakan satu perbincangan mengenai Skim Perantisan Nasional (SPN) bersama PERKESO Cawangan Limbang pada 8 Mac 2021 bertempat di Pejabat PERKESO Cawangan Limbang.
Perbincangan dua hala ini dihadiri oleh pihak Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Encik Zaini Bin Abd Talip dan pihak PERKESO iaitu Puan Nancy Goliong, Pengurus PERKESO Cawangan Limbang (secara atas talian) dan Puan Nazrina, Pegawai Perkhidmatan PERKESO Cawangan Limbang.
Antara lain tujuan perbincangan adalah bagi menerangkan mengenai program SPN yang merupakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian pasca penularan COVID-19 yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk memberi peluang kepada belia mendapat pengalaman pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Limbang berharap agar kerjasama ini akan melancarkan lagi proses perjalanan Program SPN sekaligus mencapai objektif program demi kebaikan belia-belia di Bahagian Limbang.
- JBS Sarawak
- Hits: 459
