MIRI, 14 APRIL 2022 - Sesi penyerahan fail MyPortfolio dan nota serah tugas Unit Pembangunan Sukan dan Unit Pembangunan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah diadakan sebentar tadi. Penyerahan fail MyPortfolio dan nota serah tugas oleh Cik Norafizahwati binti Banting dan Encik Rynnille Elsther Peter kepada Encik Roger Danny telah disaksikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri bersama warga PBSB Miri.
Hari ini merupakan hari yang terakhir buat Cik Norafizahwati binti Banting dan Encik Rynnille Elsther Peter berkhidmat di PBSB Miri dan akan melapor diri di jabatan baharu pada 18 April 2022. Encik Roger Danny akan ditempatkan di Unit Pembangunan Sukan menggantikan Cik Norafizahwati dan juga akan menanggung tugas pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda sehingga pegawai baharu melapor diri bagi mengisi kekosongan di unit tersebut. Semoga Encik Roger Danny akan terus berkhidmat dengan cemerlang demi pembangunan belia dan sukan di Bahagian Miri.
- JBS Sarawak
- Hits: 320
