SIBU, 8 Mac 2021 - Penasihat Kelab Belia Kampung Bahagia Jaya Teku (KBBT), Haji Zaidil Bin Arip memohon khidmat nasihat daripada pihak Pejabat Belia dan Sukan bahagian Sibu dalam penyediaan dokumen yang lengkap sebelum menghantar MYKD ke Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY).
KOTA SAMARAHAN, 08 MAC 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menerima kunjungan daripada Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak, saudara Tuah Idris bin Bujang hari ini.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang telah didaftarkan pada 01 Disember 2020 tahun lalu serta membincangkan perancangan aktiviti-aktiviti persatuan yang bernaung di bawah Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak sepanjang tahun ini dan salah satunya Persatuan Silat Olahraga Bahagian Kota Samarahan.
Dalam pada itu, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Fatimah Bte Abd Rahman mengalu-alukan kedatangan presidennya serta menyokong aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh persekutuan tersebut. Fatimah juga sempat memberi sedikit nasihat terutama sekali pengurusan persatuan diperingkat Bahagian Samarahan dalam menguruskan persatuan dengan baik agar persatuan yang diterajui oleh kepimpinan baru dapat diurus dengan baik disamping melatih pesilat-pesilat yang berpotensi yang boleh mewakili Bahagian Samarahan ke pertandingan peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Turut hadir dalam sesi perjumpaan tersebut adalah En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir, Ketua Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan
KUCHING, 05 MAC 2021 – Seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, mengucapkan selamat maju jaya dan jumpa lagi kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Puan Azura Hj. Sarbin kerana berpindah ke Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya pada 08 Mac ini dalam satu Majlis Perpisahan yang telah di adakan di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam pada itu, Puan Azura mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga jabatan kerana telah memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik sepanjang beliau sebagai pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Puan Azura juga memohon maaf jika ada salah silap sepanjang beliau memegang jawatan sebagai pengarah hampir 1 tahun 4 bulan di Sarawak.
Terdahulu, Puan Azura telah menerima cenderakenangan daripada Puan Fatimah Abd Rahman mewakili seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus ikhlas.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mendoakan kesejahteraan kepada Puan Azura Hj. Sarbin dan semoga beliau akan terus cemerlang dalam kerjayanya.
Sarikei, 05 Mac 2021 – Perbincangan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bahagian Sarikei dan Sibu mengenai Program Skim Perantisan Nasional 2021 telah diadakan pada 4 Mac 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat PERKESO Sarikei. Antara intipati perbincangan ialah untuk meningkatkan promosi pendaftaran para belia di Portal MYFutureJobs dan seterusnya berdaftar dengan Skim Perantisan Nasional. Selain itu, kerjasama untuk mengadakan temuduga terbuka bersama pihak PERKESO di bahagian Sarikei turut dibincangkan dan akan dilaksanakan begantung kepada keadaan semasa kes Covid-19 di bahagian Sarikei seterusnya di negeri Sarawak. Perbincangan telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Pegawai Penyelaras Program Skim Perantisan Nasional 2021, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohamad Al-Hafiz Bin Sapuani dan Cik Diana Anak Albert, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Sibu bersama beberapa pegawai yang lain.Turut hadir, Puan Fenny Lim, Pengurus PERKESO Sarikei dan Encik Mohd Nadzrul Idzlan Bin Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan sukan Bahagian Sarikei.
KOTA SAMARAHAN, 04 MAC 2021 – Bagi merancakkan lagi promosi Program Skim Perantisan Nasional (SPN), Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mengambil pendekatan untuk memasang roll up stand banner di ruang lobi Wisma Persekutaan Kota Samarahan bagi memudahkan belia-belia mahupun orang awam disekitar Kota Samarahan mengetahui tentang penawaran kerja dalam Skim Perantisan Nasional yang diperkenalkan pada tahun ini.
Terdahulu, sebanyak 2 unit roll up stand banner dipasang dengan kerjasama dari pihak Syarikat Konsesi Ambang Wira.
MIRI, 4 MAC 2021 –Satu Perbincangan Program Skim Perantisan Nasional (SPN) antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Perkeso Cawangan Miri telah diadakan pada 2 Mac 2021 yang lalu bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir sama ke sesi taklimat tersebut ialah Puan Stephanie Wendy dari Unit Pembangunan Belia PBSB Miri, Cik Nur Fatinah bt. Ibrahim dan Puan Siti Nurkhairunnisa dari Perkeso Cawangan Miri.
Taklimat kali ini membincangkan pelaksanaan program SPN di Bahagian Miri untuk mendapatkan kerjasama dan maklumbalas daripada Perkeso Cawangan Miri bagi memastikan kelancaran program ini. Pihak Perkeso turut membuat perkongsian mengenai program MyFutureJobs kepada pihak pejabat.
Skim Perantisan Nasional (SPN) merupakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian pasca penularan COVID-19 yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerja Raya bertujuan untuk memberi peluang kepada belia mendapat pengalaman pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar.
Objektif program ini adalah untuk menyediakan peluang pengalaman pekerjaan kepada belia dengan jaminan pekerjaan disamping meningkatkan kemahiran soft-skills para perantis melalui latihan dan on-job training yang disediakan. SPN ini berkonsepkan “place and train” terbuka kepada belia berusia 35 tahun dan ke bawah, sama ada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran, graduan diploma atau ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan Malaysia.
PBSB Miri akan terus mempromosi program SPN ini kepada belia-belia di sekitar Miri.
KOTA SAMARAHAN, 1 MAC 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menerima pegawai pemeriksa ICT dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pagi ini.
Pemeriksaan tersebut dibuat berikutan daripada hasil laporan kerosakan ICT di Unit Kewangan PBSB Samarahan yang perlu diselenggara dan dibaikpulih. Antaranya masalah Laptop tidak berfungsi dengan baik dan masalah mesin pencetak tidak dapat dihidupkan.
Pegawai teknikal, En. Julian Chong telah memaklumkan bahawa mesin pencetak di Unit Kewangan yang rosak disyorkan untuk dibaikpulih manakala Laptop pejabat perlu diformat balik dan bateri juga perlu ditukar agar lebih efisyen.
Turut hadir dalam pemeriksaan tersebut adalah Puan Sabarina dari Unit Kewangan dan Pentadbiran PBSB Samarahan.
KUCHING, 3 MAC 2021 - Perjumpaan kali kedua telah berlangsung di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersama wakil dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Sarawak (CAAM) bagi membincangkan program kolaborasi iaitu CAAM X SAYAS Invitation PUBG Tournament 2021 yang akan berlangsung pada akhir Mac ini. Sebelum ini perbincangan adalah secara atas talian melalui aplikasi GoogleMeet.
Program kolaborasi ini antara lain bagi mengeratkan jalinan kerjasama rentas jabatan dalam mendepani isu wabak Covid-19. Satu kerangka program telah di kenalpasti bagi mewarnai industri e-sukan yang kian berkembang di negara ini. Ilham dan cadangan daripada kedua-dua pihak telah menjadi satu impian dalam merealisasikan selain merancakkan industri ini ke arah yang lebih positif dan memberi impak secara keseluruhan. Pun begitu pertandingan ini hanya melibatkan jabatan kerajaan dan kerajaan tempatan iaitu penjawat awam di Negeri Sarawak sahaja. Boleh dikatakan "pilot test" ini merupakan kerjasama pertama yang pernah di jalankan bersama CAAM Sarawak.
Dijangka pertandingan ini akan berlangsung pada 20 dan 21 Mac 2021 secara atas talian(Online)dengan menjanjikan hadiah yang cukup lumayan. Turut hadir perbincangan ini ialah Presiden SAYAS, En.Rahmat Bin Elli, President DICIVIA En.Mohd hafiz Bin Hamzah bersama ahli En. Airil Anuar Bin Sabari dan Puan Kifly Ak Reno. Juga dari Kelab SAYAS EN.Nadzmi Bin Roslaimie serta En.Hazwan. Diharap dengan adanya jalinan kolaborasi ini akan dapat menyemarakkan lagi industri e-sukan di negeri Sarawak.
KUCHING, 1 MAC 2021 - Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak Yang Berusaha Puan Azura BInti Haji Sarbin di pejabat beliau.
Kunjungan Hormat berkenaan membincangkan program-program belia dan sukan yang sedang dan akan berjalan pada tahun ini di negeri Sarawak. Pertemuan ini juga dihadiri oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Snowdan Lawan. Antara lain perbincangan tersebut adalah untuk membincangkan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam melaksanakan program dan aktiviti pada tahun 2021.
Selain itu, pertemuan ini juga sebagai perjumpaan terakhir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Sarawak, Puan Azura Binti Haji Sarbin kepada YB Menteri sebelum beliau berpindah tugas ke Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. YB Datuk Haji Abdul Karim juga sempat menyampaikan sedikit cenderamata kepada Puan Pengarah sebagai tanda kenangan selama bertugas di bumi kenyalang.