Sarikei, 03 Mac 2021 – Kursus kewangan dan akaun telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 2-3 Mac 2021 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Kursus ini diadakan sebagai salah satu persediaan awal kepada semua pegawai untuk bersama-sama menggalas tugas pentadbiran dan kewangan di pejabat semasa ketiadaan Pembantu Tadbir N 19 (P/O) kerana beliau akan dipinjamkan ke Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei bermula 8 Mac 2021 sehingga 31 Ogos 2021.Cik Wong Li Yien, Pembantu Tadbir N 19 (P/O) telah mengedalikan kursus tersebut yang merangkumi Sistem e-Perolehan, Sistem 1GFMAS, Laporan Bulanan Kewangan dan pentadbiran pejabat.Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
- JBS Sarawak
- Hits: 480
