KUCHING, 16 MAC 2021 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Fatimah Abd Rahman bersama Ketua Unit Sukan, En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir telah mengadakan perjumpaan ringkas bersama YB. En. Awla bin Dris, ADUN N25 Simunjan di Pusat Khidmat N25 Simunjan hari ini.
Perjumpaan tersebut dibuat bagi membincangkan permohonan untuk membina gelanggang gasing di empat buah kampung sekitar Daerah Simunjan dan mengenalpasti tapak cadangan untuk dijadikan gelanggang gasing.
Dalam pertemuan itu juga, YB. En. Awla memaklumkan bahawa penduduk di kampung tersebut sangat aktif dalam aktiviti gasing yang dipanggil Gasing Pangkak dan pernah suatu ketika melaksanakan pertandingan tersebut sehingga larut malam. Beliau mahukan ada gelanggang yang sesuai dengan menggunakan tanah liat (clay soil) yang sesuai bagi aktiviti gasing pangkak di kampung berkenaan.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah pegawai khas kepada YB En. Awla Dris dari Pusat Khidmat ADUN N25 Simunjan.
- JBS Sarawak
- Hits: 767
