- JBS Sarawak
- Hits: 601
SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN MYVAC BANTU DAFTAR PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN COVID-19 BAHAGIAN SAMARAHAN
SAMARAHAN, 26 APRIL 2021 – Seramai 15 orang sukarelawan bukan kesihatan MyVAC Bahagian Samarahan telah membantu untuk mendaftar semula pendaftaran vaksin secara manual ke dalam sistem JKJAV iaitu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 pada 12 hingga 14 April yang lalu bertempat di INTAN Sarawak.
Dalam pada itu pihak INTAN telah menyediakan makmal yang berkapasiti 40 buah komputer bagi tujuan pendaftaran semula tersebut. SUkarelawan MyVac juga turut dibantu oleh sukarelwan dari Pejabat Daerah Samarahan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Penugasan sukarelawan tersebut telah diselaraskan oleh Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan diketuai oleh En. Abu bin Amir, Ketua Unit Belia dan dibantu oleh Puan Norliati binti Li, Pembantu Belia dan Sukan PBSB Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 601
