- JBS Sarawak
- Hits: 240
TAKLIMAT BERSAMA KETUA JABATAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN PEJABAT PEMUNGUT (PP) BAHAGIAN LIMBANG
LIMBANG, 21 Mei 2022 - Pada khamis yang lalu (19 Mei 2022) Encik Yaman bin Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah menghadiri satu Taklimat Bersama Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Pemungut (PP) anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Limbang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Bunga Raya Limbang. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut adalah Puan Hawina binti Ali, Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi dan Puan Aimy Alisha Charlie, Pembantu Belia dan Sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Melalui taklimat tersebut, para pegawai dapat lebih memahami prosedur serta sistem yang digunakan dalam tatacara kewangan. Para pegawai juga dapat mengenalpasti peranan setiap pegawai di dalam sistem iAREF di samping mengenalpasti isu-isu dan masalah PTJ dan PP berkaitan isu-isu kewangan. Taklimat tersebut kemudian diakhiri dengan sesi jamuan ramah tamah Hari Raya Aidilfitri.
- JBS Sarawak
- Hits: 240
