- JBS Sarawak
- Hits: 281
PERTANDINGAN FUTSAL MALAYSIA SPORT LEAGUE (MSL) PASUKAN LELAKI DAN PASUKAN WANITA BAHAGIAN PERINGKAT SRI AMAN
SRI AMAN, 22 Mei 2022 - Setelah dua hari berlangsung di Mini Stadium Sri Aman, akhirnya pertandingan Futsal MSL Bahagian Sri Aman telahpun melabuhkan tirainya. Pasukan Kampung Boy FT A telah merangkul gelaran Johan bagi Kategori Lelaki manakala Pasukan Emosi FT dinobatkan sebagai Johan bagi kategori wanita. Majlis penyampaian hadiah disempunakan oleh Encik Mohd Israk Bin Ismail ,Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman . Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman merakamkan ucapan dan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua peserta yang bertanding, RELA Sri Aman, barisan pengadil, barisan teknikal pertandingan dan tidak dilupakan Pengerusi dan juga ahli jawatankuasa Kelab Bola Sepak Sri Aman yang bertungkus lumus membantu sehingga pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.
- JBS Sarawak
- Hits: 281
