Mukah, 24 Mei 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah menganjurkan Program Santai Ramah Tamah Raya dan Pra Gawai pada 24 Mei 2022 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Program tersebut merupakan salah satu usaha pegawai dan kakitangan di pejabat untuk meningkatkan hubungan mesra serta membina jalinan kerja yang baik bersama agensi dan belia di Mukah. Selain itu, program seperti ini adalah untuk mendekatkan golongan belia ke pejabat supaya mereka menjadikan pejabat sebagai pusat informasi dan rujukan untuk meningkatkan tahap kualiti kepimpinan seorang belia.
Kehadiran Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan bersama pegawai dan kakitangan yang lain menyerikan program dan turut beramah mesra bersama tetamu dan belia yang hadir. Beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Gawai kepada semua masyarakat yang meraikannya dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan semua ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 271
