- JBS Sarawak
- Hits: 230
TAKLIMAT PELAKSANAAN DAN PERTANDINGAN INOVASI SOSIAL (GRASSROOT) BAGI TAHUN 2022 BAHAGIAN LIMBANG
LIMBANG, 16 Jun 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak bagi mencari produk inovasi yang boleh diketengahkan dan seterusnya memberi impak kepada masyarakat. Sehubungan itu, Puan Aimy Alisha Charlie, Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Limbang telah turut sama menghadiri satu taklimat bagi Pelaksanaan dan Pertandingan Inovasi Sosial (Grassroot) bagi tahun 2022. Taklimat tersebut telah diadakan bertempat di Bilik Kuliah Bangunan Persatuan Melayu Limbang dan disampaikan oleh Encik Zawawi Rambli, Pegawai Tadbir Seksyen Perundingan Pengurusan, Bahagian Pengiktirafan dan Penyelidikan. Turut hadir dalam taklimat tersebut adalah Encik Dolhadi Marzuki, Ketua Bahagian Pengiktirafran dan Penyelidikan, Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak, Jabatan Premier Sarawak. Diharapkan melalui taklimat tersebut semakin banyak hasil inovasi oleh anak jati Limbang dapat diteroka dan diketengahkan.
- JBS Sarawak
- Hits: 230
