- JBS Sarawak
- Hits: 202
MAJLIS PERASMIAN KURSUS BUKU LOG INSTRUKTUR SENAMROBIK SE-MELAYSIA (BLISS) ZON BORNEO 2022
KOTA SAMARAHAN, 14 JUN 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan Kursus Buku Log Instruktur Senamrobik Se-Melaysia (BLISS) Zon Borneo 2022 pada 14 - 15 Jun 2022 bertempat di Hotel Dormani Kuching.
Majlis perasmian tersebut telah di sempurnakan oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Dalam majlis perasmian tersebut beliau telah menyampaikan amanat kepada para peserta berkenaan dengan kursus. Seramai 30 orang peserta telah melibatkan diri ke Kursus Buku Log Instruktur Senamrobik Se-Melaysia (BLISS) Zon Borneo 2022. Peserta terdiri dari Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan di Zon Borneo ini dan Para Instruktur.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dan Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
- JBS Sarawak
- Hits: 202
