SARIKEI, 27 JUN 2022Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei Bil. 03/2022 telah pun diadakan bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sarikei. Mesyuarat kali ini telah membincangkan hal ehwal pentadbiran, pengurusan pejabat dan isu keselamatan pejabat serta bahagian Kewangan dan Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Turut dibincangkan juga Pengurusan Bahagian dari segi pelaksanaan dan pelaporan bagi setiap program belia, sukan dan rakan muda. Selain itu, pengerusi turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya kemuafakatan, bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti belia dan sukan di komuniti setempat serta juga kelancaran pengurusan pejabat yang sentiasa kemas, teratur dan terurus.#TeamPBS6D
- JBS Sarawak
- Hits: 299
