KOTA SAMARAHAN, 07 FEBRUARI 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Majlis Pelancaran Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) di UCSI Hotel, Kuching. Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) bertujuan untuk membantu golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini untuk memiliki rumah.Majlis pelancaran tersebut telah di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak. Dalam majlis pelancaran tersebut, beliau juga melakukan simbolik penyerahan penerima Housing Deposit Assistance Sheme (HDAS), simbolik penyerahan penerima Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS) dan Simbolik penyerahan penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS). Turut hadir dalam Majlis Pelancaran tersebut ialah Menteri- Menteri Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan dan orang awam.
- JBS Sarawak
- Hits: 386
