SIBU, 31 MAC 2021 - Kelab Bola Sepak District, Sibu menjemput Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu untuk menyaksikan majlis penyerahan hadiah kepada pemenang Reka Cipta Logo SDFC iaitu Encik Mohd Riyad.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Annuar Rapaee di Pejabat Bandong Nangka dan terus memperkenalkan jersey rasmi SDFC.
Semoga SDFC dapat terus maju dalam pembangunan bola sepak di bahagian Sibu.
Kuching, 27 Mac 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching telah membuat lawatan pemantauan pematuhan SOP penganjuran 21st Sarawak Outdoor Archery Championship oleh MSN Sarawak, Sarawak Sport Cooperation dan Persatuan Memanah Negeri Sarawak pada 27 hingga 30 Mac 2021 bertempat di Padang D, Stadium Negeri.
Lawatan pemantauan ini adalah bertujuan menilai tahap pematuhan SOP penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi dalam usaha negara menangani pendemik COVID-19.
Hasil daripada lawatan pemantauan mendapati penganjuran kejohanan ini telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan sangat baik. Penganjuran kejohanan ini juga telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta makluman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching akan sentiasa komited dan melaksanakan lawatan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sebarang penganjuran aktiviti sukan dan rekreasi di bahagian Kuching.
SIBU, 31 MAC 2021 - Mesyuarat Virtual Run dan Ride bersama pihak Peryatim Sibu yang dipengerusikan oleh Datuk Mohamad Yusnar Matalie di Bilik Mesyuarat Peryatim Sibu.
Mesyuarat tersebut membincangkan cara perlaksanaan dan peraturan-peraturan virtual run tersebut. Majlis mesyuarat bersetuju untuk bekerjasama dalam penganjuran program tersebut bersama-sama dengan Kelab dan Persatuan yang berkaitan.
Semoga program ini dapat memanfaatkan kepada Peryatim Sibu dalam menambahkan dana pentadbiran Peryatim Sibu untuk terus membimbing dan menjaga kebajikan anak-anak yatim di sana.
SAMARAHAN, 28 MAC 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menghadiri Majlis Perasmian Serba Dinamik Dota 2 Championship 2021 anjuran Serba Dinamik Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong bertempat di D-Virtual Park, Kota Samarahan. Penganjuran tersebut melibatkan 16 buah pasukan di sekitar Kota Samarahan dan Kuching.
Majlis perasmian tersebut telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajjah Nancy Binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong.
YB Dato’ Sri Hajjah Nancy Binti Shukri memaklumkan bahawa Kota Samarahan mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan berpotensi untuk dibangunkan seperti Kota Kreatif Cimahi di sebuah provinsi di Jawa Barat Bandung yang turut dikenali sebagai Kota Siber.
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Tuan Brahim Bin Lumpu, Residen Bahagian Samarahan dan juga wakil kepada Yang Berhormat Puan Rubiah Binti Haji Wang, Ahli Parlimen P197 Kota Samarahan.
SAMARAHAN, 27 MAC 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah melaksanakan pemantauan kepada pematuhan sop sektor sukan dan rekreasi penganjuran aktiviti sukan Serba Dinamik Dota 2 Championship 2021 anjuran Serba Dinamik Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Sukan Elektronik Batang Sadong. Pertandingan Serba Dinamik Dota 2 Championship 2021 ini melibatkan 16 pasukan.
Pemantauan pematuhan sop penganjuran aktiviti sukan telah dilakukan oleh Encik Muhammad Naim Bin Abdul Nasir, Ketua Unit Sukan bersama Puan Stella Nakaran, Pembantu Unit Sukan dan disertai Encik Abu Bin Amir, Ketua Unit Belia.
Pemantauan penganjuran acara sukan ini dilakukan adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap pematuhan penganjur acara sukan dan rekreasi di bahagian Samarahan ini terhadap sop yang telah ditetapkan dalam usaha negara menangani pendemik COVID-19 dan seterusnya memastikan kelangsungan industri sukan secara keseluruhannya.
Hasil daripada lawatan pemantauan setakat ini mendapati penganjur telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
KOTA SAMARAHAN, 30 MAC 2021 –Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah menyertai Majlis Taklimat Program Malaysia Prihatin bertempat di Dewan Sri Samarahan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Taklimat tersebut bertujuan untuk memberi penerangan tentang usaha kerajaan persekutuan dalam menghadapi krisis pandemik Covid19.
Taklimat Malaysia Prihatin telah disampaikan oleh YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.200 Batang Sadong.
YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk memastikan keluk jangkitan Covid19 dapat diturunkan dengan penerapan norma baharu, manakala Pelan Ekonomi 6R kerajaan iaitu Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara Kesihatan dan Ekonomi.
Nancy juga menambah bahawa beberapa Pakej Ransangan Ekonomi diperkenalkan dan telah pun dilaksanakan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan dalam krisis pandemik ini. Antaranya PRIHATIN yang telah dilaksanakan pada peringkat awal PKP sebagai ‘kusyen’ agar ekonomi negara tidak merundum teruk semasa perintah kawalan pergerakan gelombang pertama Covid19. Selain itu PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) serta PEMERKASA (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi) termasuk Proklamasi Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang Dipertuan Agong pada 11 Januari 2021 yang lalu kerana penularan wabak Covid19 di Malaysia semakin membimbangkan.
‘Dan sekarang ini kerajaan sedang melaksanakan Program Imunisasi Kebangsaan bagi mendapatkan imuniti kelompok kepada sekurang-kurangnya 70% penduduk Malaysia dalam tempoh 1 tahun’ tambah Nancy lagi.
Diakhir taklimat, YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menyeru supaya masyarakat di Bahagian Samarahan terutamannya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dengan mematuhi SOP, mematuhi Undang-Undang dan menyertai Program Imunisasi Kebangsaan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB. Puan Hjh Rubiah binti Hj. Wang, Ahli Parlimen P.197, YB Dato’ Hajah Rohani binti Abdul Karim, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar, YBhg. Dato' Dr. Noor Zari bin Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, Tuan HJ. Ibrahim Lumpu, Residen Bahagian Samarahan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Kaum, Pn. Fatimah bte Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, dan En. Abu Amir Ketua Unit Belia, PBSB Samarahan.
MIRI, 29 MAC 2021 - Sukarelawan Kelab Rakan Muda Oiltown Miri telah melaksanakan program khidmat masyarakat pada 21 Mac 2021 bermula jam 5.00 petang di sekitar Bandaraya Miri. Program khidmat masyarakat tersebut merupakan inisiatif Kuching Food Aids dengan kerjasama Persatuan Belia Miri dan Kelab Rakan Muda Oiltown Miri selaku sukarelawan yang mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, Kuching Food Aids telah menyumbang tuala wanita untuk diagihkan di sekitar bandaraya Miri, Kampung Lusut, Taman Tunku dan kawasan Pujut 1. Selain itu, pek makanan turut diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Gerakan sukarelawan KRM Oiltown Miri di daerah Miri adalah diselaras oleh Encik Rynnile Elsther Peter, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda PBSB Miri.
PBSB Miri mengucapkan syabas di atas usaha murni para sukarelawan KRM Oiltown Miri. Terima kasih juga diucapkan kepada Kuching Food Aids dan Persatuan Belia Miri kerana telah memberi kepercayaan kepada sukarelawan KRM Oiltown Miri untuk mengagihkan bantuan tersebut.
MIRI, 29 MAC 2021 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian (PPD) Miri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Miri telah mengadakan sesi senamrobik bersama warga PPD Miri di perkarangan Wisma Persekutuan Fasa 1 pada 26 Mac yang lalu.
Sesi senamrobik tersebut yang bermula pada jam 4.30 petang itu telah disertai oleh warga PPD Miri dan juga kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Aktiviti tersebut dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
MIRI, 29 MAC 2021 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Rynnile Elsther Peter dari Unit Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan taklimat ringkas program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Sekolah Tunas Bakti Miri pada 26 Mac yang lalu.
Turut sama mendengar taklimat ringkas tersebut ialah Puan Bessi Mujan Batan, Pengetua Sekolah Tunas Bakti Miri dan Kelab Rakan Muda Oiltown Miri. Selain daripada itu, pihak Kelab Rakan Muda Oiltown Miri juga telah menyampaikan sumbangkan tuala wanita kepada warga Sekolah Tunas Bakti Miri bersempena dengan Hari Wanita Sedunia. Sumbangan tersebut disalurkan oleh Kuching Food Aids melalui Kelab Rakan Muda Oiltown Miri selaku sukarelawan projek agihan bantuan di sekitar Miri.