- JBS Sarawak
- Hits: 223
TAHNIAH PUAN JULIA ANAK PETER DI ATAS ANUGERAH KHAS PEKERJA TERBAIK BULANAN MEI 2022
MIRI, 7 JULAI 2022 – Perhimpunan bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan pada 7 Julai 2022 (Khamis) secara fizikal dan maya yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan JBS Sarawak. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Satu sesi penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan turut diselitkan dalam majlis perhimpunan tersebut. Tahniah kepada Puan Julia anak Peter, Pembantu Tadbir di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri di atas Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan Mei 2022. Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri mewakili Puan Julia anak Peter untuk menerima sijil tersebut. Syabas di atas segala komitmen dan sumbangan yang diberikan selama ini. Semoga sentiasa dikekalkan dan terus maju jaya.
- JBS Sarawak
- Hits: 223
