- JBS Sarawak
- Hits: 249
MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN SENI TARIAN SINGA, NAGA DAN WUSHU PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
Mukah, 19 Julai 2022 – Pertandingan Seni Tarian Singa, Naga dan Wushu Peringkat Negeri Sarawak 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak pada 17 Julai 2022 di Dewan Suarah Mesra, Mukah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Tellian dan Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub Bin Haji Arbi Ahli Dewan Undangan Negeri N.58 Balingian. Turut dijemput hadir ke majlis tersebut Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Pertandingan Seni Tarian Singa, Naga dan Wushu Peringkat Negeri Sarawak 2022 ini adalah salah satu daripada aktiviti bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Mukah 2022.
- JBS Sarawak
- Hits: 249
