Sibu, 4 Julai 2022- Mesyuarat pertandingan futsal bil 2/2022 sempena Pesta Selangau telah dipengerusikan oleh Cr Binit Anak Madang. Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat Kecil Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Mukah, 04 Julai 2022 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan bersama Encik Mohammad Arbi Bin Rosli telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Kebajikan Dalat pada 1 Julai 2022 untuk meninjau kesesuaian tempat bagi melaksanakan program W-Fit @ Community 2022. Program ini bertujuan menarik minat kaum wanita khususnya di peringkat akar umbi untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan dan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup yang cergas, aktif dan sihat dalam kehidupan seharian.
Selain itu, turut dibincangkan ialah perancangan untuk melaksanakan program 1000 liga bagi sukan wushu di kompleks tersebut. Rangka lawatan tersebut juga telah diisi dengan penerangan kepada ahli jawatankuasa protem Kelab Sukan Air Dalat untuk mendaftar kelab mereka di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Langkah-langkah pendaftaran telah diterangkan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan layanan baik Pegawai Kebajikan Masyarakat Dalat, Encik Mohamad Nazri Bin Mohamad Sharkawi.
BETONG, 3 JULAI 2022 – Kejohanan Bola Keranjang 3x3 Peringkat Negeri Sarawak sempena Malaysia Sport League yang dijalankan di Gelanggang Bola Keranjang Siburan Kuching telah melabuhkan tirainya pada hari ini, 3 Julai 2022 (Ahad). Berikut adalah senarai pemenang kejohanan bola keranjang bagi kategori lelaki & wanita:
KATEGORI LELAKI
JOHAN (RM1000)
- HANKONG ELECTRICAL (SERIAN)
NAIB JOHAN (RM700)
- ABEL STUDIO (SIBU)
KETIGA BERSAMA (RM500)
- WILD(SAMARAHAN)
- A. ONE (BINTULU)
KATEGORI WANITA
JOHAN (RM1000)
- DOMINEERING SISTER (SERIAN)
NAIB JOHAN (RM700)
- EN MOTOR SDN BHD (SARIKEI)
KETIGA BERSAMA (RM500)
- NINEMATES (BINTULU)
- GORILLA CAR RENTAL (SIBU)
Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Ronnie Boniface Nugi, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Yang Berusaha Encik Azizi Bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Johan untuk kategori lelaki dan wanita bagi acara bola keranjang akan mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022.
Mukah, 04 Julai 2022 – Satu mesyuarat pengurusan pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan pengurusan pejabat dari segi pentadbiran dan kewangan. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan dan pelaksanaan program pejabat dan penglibatan bersama rakan starategik sepanjang tahun 2022.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan dan turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab dan Puan Arfiza Binti Mudin.
BETONG, 03 JULAI 2022 - Kejohanan Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah membuka tirainya pada hari ini bagi acara Bola Keranjang 3X3 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Gelanggang Bola Keranjang Siburan Kuching Peringkat Kumpulan Kejohanan Bola Keranjang 3x3 telah pun tamat. Sebanyak 8 pasukan bagi kategori Lelaki & 8 pasukan bagi kategori wanita telah layak ke peringkat suku akhir, di mana pasukan TFG dari Bahagian Betong layak ke peringkat suku akhir yang akan diadakan pada 3 Julai 2022. Antara pasukan-pasukan yang layak ke peringkat suku akhir ialah: KATEGORI LELAKI1. TOP FRESH (SIBU)2. A ONE (BINTULU)3 ABEL STUDIO (SIBU)4. SIBURAN HAMMERS (SERIAN)5. POISON MIRI6. WILD (SAMARAHAN)7. HANKONG ELECTRICAL (SERIAN)8. KELAB BOLA KERANJANG BLETEH (KBKB) 1 (KAPIT)KATEGORI WANITA1. EN. MOTOR SDN BHD (SARIKEI)2. B. TWINZ (KUCHING)3. GORILLA CAR RENTAL (SIBU)4. JAGUARS IPG (SAMARAHAN)5. DOMINEERING SISTER (SERIAN)6. TFG (BETONG)7. LAMBOR SIBU B (SIBU)8. NINEMATES (BINTULU)Bakal Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000 beserta Trofi dan melayakkan diri ke Kejohanan Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos 2022 nanti.Tahniah kepada 16 pasukan Yang telah layak ke peringkak suku akhir.
BINTULU, 4 JULAI 2022 – Pada malam 2 Julai 2022, telah dilangsungkan Majis Ramah Mesra Hari Raya Gawai dan Apresiasi Wisma Persekutuan Bintulu. Majlis yang penuh sederhana ini telah dirasmikan oleh Yang Behormat, Encik Johny Pang Liong Ming, ADUN N.68 Tanjung Batu. Beliau turut meluangkan masa untuk menyampaikan sijil penghargaan perkhidmatan setia kepada kakitangan dan pegawai yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun. Salah seorang penerima anugerah tersebut ialah Encik Osman bin Rosli dari Pejabat Belia dan Sukan Bintulu yang telah berkhidmat selama 28 tahun di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sepanjang persiapan dan semasa majlis ini berlangsung, pihak Pejabta Belia dan Sukan Bintulu telah ditugaskan untuk merencana pengisian dan perjalanan aktiviti agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan padat dengan aktiviti menarik.
BINTULU, 4 JULAI 2022 – Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bintulu telah diberi amanah untuk menyampaikan sedikit taklimat berkenaan kecergasan fizikal sempena Hari Sukan Lembaga Hasil Dalam Negeri Sarawak pada 1 Julai yang lalu. Hadir menyampaikan taklimat tersebut iailah Encik Hailey Robson, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bintulu. Sesi taklimat yang dihadiri oleh seramai 180 orang peserta tersebut disusuli dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Hyperenergetic Bintulu.
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BOLA KERANJANG 3×3 SEMPENA MSL PERINGKAT NEGERI
Kuching, 3 JULAI 2022- Pertandingan Bola Keranjang 3×3 sempena Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Negeri telah pun melabuhkan tirainya menandakan berakhirnya pertandingan tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Siburan.
Keputusan Rasmi :
Kategori Lelaki
Johan : Hankong Electrical (Serian)
Naib Johan : Abel Studio (Sibu)
Ketiga Bersama : Wild (Samarahan) & A.One (Bintulu)
Kategori Wanita:
Johan : Domieering Sister (Serian)
Naib Johan : EN Motor Sdn Bhd (Sarikei)
Ketiga Bersama : Gorilla Car Rental (Sibu) & Ninemates (Bintulu)
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Abel Studio yang telah berjaya mendapatkan tempat Kedua manakala Pasukan Wanita Gorilla Car Rental mendapat tempat ketiga bersama.
Majlis penyampaian hadiah disempunakan oleh Encik Ronnie Boniface Nugi, Timbalan pengarah ,diiringi oleh Pn Fatimah Binti Abdul Rahman, Ketua Pembangunan Sukan.
Sibu, 3 Julai 2022- Majlis penyampaian medal bagi program MEFA Women Fit Camp telah diadakan di Taman Permai, Sibu. Seramai 45 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Penyampaian medal telah disempurnakan oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Objektif program ini adalah bertujuan untuk :
1. Menjadikan sukan atau aktiviti senaman sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian sekaligus membentuk golongan wanita yang aktif dan cergas.
2. Faham akan kepentingan mengamalkan aktiviti sukan mahupun senaman yang secukupnya dalam kehidupan seharian.
3. Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang wanita
MEFA WOMEN FIT CAMP adalah aktiviti bootcamp yang dikendalikan oleh Coach Marcilla. Keunikan program ini mempunyai acara