- JBS Sarawak
- Hits: 219
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ASET YANG BERNILAI DI KAWASAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Mukah, 20 Jun 2022 – Satu program gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Kaul Mukah ( Pantaiku Sejahtera ) anjuran PIBG SK Saint Patrick dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Mukah telah diadakan pada 18 Jun 2022 bertempat di Pantai Kaul Mukah. Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab telah hadir ke program tersebut mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Program telah dirasmikan oleh Tuan Rosli Bin Sapok, Pegawai Khas Kawasan P.213 Mukah mewakili Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak).
- JBS Sarawak
- Hits: 219
