LIMBANG, 30 Mei 2022 - Pada 28 Mei 2022 yang lalu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bersama SKUAD Anti Dadah Limbang dan juga Kelab Sukan Rekreasi Muhibah Limbang telah menganjurkan Program Eksplorasi Cinta Alam Rakan Muda Peringkat Bahagian Limbang bertempat di Rizab Semulajadi Bukit Hitam Limbang.
Program Eksplorasi Cinta Alam Rakan Muda merupakan satu platform bagi memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi pendedahan dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga belia untuk menjalankan aktiviti memulihara alam sekitar di samping memberi peluang untuk menghayati keindahan alam.
- JBS Sarawak
- Hits: 285
